NEWS HEADLINES
UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 79 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, SELASA, 1 JULAI 2025 – Upacara menaikkan Bendera Kebangsaan bagi menandakan permulaan sambutan peringkat kebangsaan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berlangsung pagi ini di kawasan lapang berdekatan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Ibu Negara.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 1447 HIJRAH
SURAU AL-HUDA, PANGKALAN MUARA TLDB | KHAMIS, 26 JUN 2025 – Dengan penuh kesyukuran, warga Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menyambut kedatangan tahun baharu Islam 1447 Hijrah melalui Bacaan Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah dan Doa Awal Tahun 1447 Hijrah malam tadi. Sambutan ini bersempena dengan Ilal Hijrah peringkat kebangsaan yang diadakan serentak di masjid-masjid, surau dan dewan-dewan ibadah di seluruh negara. Bagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), majlis turut diraikan di semua surau ABDB termasuk di Surau Al-Huda bagi peringkat TLDB.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA PESERTA OCEAN WEEK 2025
MUARA, RABU, 25 JUN 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima kunjungan peserta Ocean Week Brunei 2025 dalam satu lawatan ke kapal KDB DARUSSALAM, di bawah program Future Ocean Changemakers Youth Forum. Lawatan ini diselenggarakan oleh Poni Divers, selaku penganjur Ocean Week Brunei 2025, dengan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan merupakan sebahagian daripada Brunei Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE 2025).
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH JOYFUL KIDS MONTESSORI
MUARA, SELASA, 24 JUN 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Joyful Kids Montessori yang melibatkan seramai 74 orang pelajar dan 17 orang guru pengiring pada sesi pagi dan seramai 50 orang pelajar serta 17 guru pengiring untuk sesi lawatan petang.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS MAKAN BERADAT BAGI PTB KANAN SEMPENA JUBLI INTAN TLDB
MUARA, JUMAAT, 20 JUN 2025 – Satu tonggak bersejarah dimana anggota-anggota PTB Kanan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat sempena Sambutan Jubli Intan TLDB yang berlangsung di Mes PTB Kanan. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pemerintah TLDB, Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, bersama isteri, Haniwati binti Haji Bakar.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, DAERAH TEMBURONG
MUARA, KHAMIS, 19 JUN 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Daerah Temburong, yang terdiri daripada 40 orang peserta, merangkumi golongan belia dan kanak-kanak.





