NEWS HEADLINES
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA PESERTA OCEAN WEEK 2025
MUARA, RABU, 25 JUN 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima kunjungan peserta Ocean Week Brunei 2025 dalam satu lawatan ke kapal KDB DARUSSALAM, di bawah program Future Ocean Changemakers Youth Forum. Lawatan ini diselenggarakan oleh Poni Divers, selaku penganjur Ocean Week Brunei 2025, dengan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan merupakan sebahagian daripada Brunei Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE 2025).
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH JOYFUL KIDS MONTESSORI
MUARA, SELASA, 24 JUN 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Joyful Kids Montessori yang melibatkan seramai 74 orang pelajar dan 17 orang guru pengiring pada sesi pagi dan seramai 50 orang pelajar serta 17 guru pengiring untuk sesi lawatan petang.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS MAKAN BERADAT BAGI PTB KANAN SEMPENA JUBLI INTAN TLDB
MUARA, JUMAAT, 20 JUN 2025 – Satu tonggak bersejarah dimana anggota-anggota PTB Kanan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat sempena Sambutan Jubli Intan TLDB yang berlangsung di Mes PTB Kanan. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pemerintah TLDB, Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, bersama isteri, Haniwati binti Haji Bakar.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, DAERAH TEMBURONG
MUARA, KHAMIS, 19 JUN 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Daerah Temburong, yang terdiri daripada 40 orang peserta, merangkumi golongan belia dan kanak-kanak.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI (TLDB) MENERIMA LAWATAN DARIPADA iKIDS ENRICHMENT LEARNING CENTRE
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, 18 JUN 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menerima lawatan daripada iKids Enrichment Learning Centre hari ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru. Lawatan bermula di Pusat Latihan Tentera Laut, dengan sesi penerangan mengenai peranan TLDB serta pameran peralatan asas termasuk peralatan menyelam yang turut dipamerkan kepada para pelajar – pelajar.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI SERTAI KEY LEADERSHIP ENGAGEMENT KE-12 DENGAN FOKUS KEPADA INOVASI DAN TEKNOLOGI
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, 18 JUN 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Key Leadership Engagement (KLE) ke-12 yang diadakan secara maya pagi ini, dikendalikan oleh U.S. Pacific Fleet dan dipengerusikan oleh Laksamana Stephen T. “Web” Koehler, Pemerintah U.S. Pacific Fleet. Turut hadir mewakili TLDB ialah Timbalan Pemerintah TLDB, Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman. KLE merupakan platform maya yang membolehkan tentera-tentera laut berkongsi dan membincangkan isu-isu yang menjadi kepentingan bersama. Dalam siri ke-12 ini, perbincangan tertumpu kepada tema “Innovation and Technology”, menekankan peranan penting Aritificial Intelligence (AI), sistem bawah laut tanpa pemandu, dan teknologi penderia moden dalam keselamatan maritim semasa.





