MANILA, FILLIPINA, 21 JULAI 2025 – Dua (2) anggota Lain-Lain Peringkat Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) baru–baru ini menyertai Program Western Pacific Naval Symposium Emerging Leaders Interaction Program (ELIP) 2025 yang dianjurkan oleh Tentera Laut Filipina di Manila, dari 21 hingga 25 Julai 2025.

Delegasi TLDB terdiri daripada Pegawai Waran II Sahdu bin Haji Samad, TLDB dan Bintara Hamzi bin Haji Tahir, TLDB yang merupakan antara wakil anggota dari 18 buah negara di bawah naungan Western Pacific Naval Symposium (WPNS).
Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Laksamana Madya Jose Ma Ambrosio Q. Ezpeleta, Panglima Tentera Laut Filipina. Sepanjang program ini, para peserta berpeluang untuk saling bertukar pandangan, memperkukuh kefahaman bersama, dan memupuk hubungan kerjasama antara angkatan laut serantau.
Antara acara utama ialah aktiviti membina pasukan (team building) yang diadakan di Dewan Jurado, Ibu Pejabat Tentera Laut Filipina. Acara ini bertujuan untuk membentuk semangat setiakawan dan saling menghormati antara peserta, yang merupakan asas kukuh dalam misi gabungan dan kerjasama antarabangsa.
Dalam ucapan penutup, Laksamana Muda Allan P. Javier, Ketua Staf Tentera Laut Filipina, menekankan kepentingan kesihatan mental, disiplin, kerjasama berpasukan dan persahabatan dalam membentuk kepimpinan tentera laut masa hadapan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas kejayaan program ini serta menyatakan harapan agar ia dapat diteruskan pada masa hadapan oleh negara-negara anggota WPNS. Beliau menggalakkan pertukaran ilmu dan pengalaman demi memperkukuh keupayaan kepimpinan serta kesiapsiagaan angkatan laut masa hadapan.
Penyertaan TLDB dalam ELIP 2025 mencerminkan komitmen berterusan TLDB terhadap kerjasama serantau, pembangunan profesional, dan pengukuhan kepimpinan dalam domain maritim.
______________
ROYAL BRUNEI NAVY PERSONNEL PARTICIPATES IN WESTERN PACIFIC NAVAL SYMPOSIUM EMERGING LEADERS INTERACTION PROGRAM (ELIP) 2025
MANILA, PHILLIPINES, 21 JULY 2025 – Two (2) Royal Brunei Navy (RBN) personnel recently participated in the Western Pacific Naval Symposium Emerging Leaders Interaction Program (ELIP) 2025, hosted by the Philippine Navy in Manila from 21 to 25 July 2025.
Representing the RBN at the event are Warrant Officer II Sahdu bin Haji Samad, RBN and Petty Officer Hamzi bin Haji Tahir, RBN who are among the naval representatives from 18 participating countries under the auspices of the Western Pacific Naval Symposium (WPNS).
The opening ceremony was officiated by Vice Admiral Jose Ma Ambrosio Q. Ezpeleta, Flag Officer-in-Command of the Philippine Navy. Throughout the program, the ELIP brought together future leaders from various navies in the region to promote mutual understanding, strengthen interoperability, and foster enduring cooperation.
A notable highlight was a team-building event held at Jurado Hall, Philippine Navy Headquarters, which provided participants the opportunity to build camaraderie and forge meaningful connections across naval cultures. The initiative emphasized the importance of respect, understanding, and unity—key elements that strengthen alliances during combined operations and engagements.
In his closing remarks, Rear Admiral Allan P. Javier, Chief of Naval Staff of the Philippine Navy, stressed the significance of mental health, discipline, teamwork, and lasting friendships in shaping the next generation of naval leadership. He congratulated all participants on the success of the event and expressed hope for the continued growth of the program under WPNS. He further encouraged all member countries to leverage these platforms to enhance leadership knowledge, share best practices, and prepare future-ready naval forces.
RBN’s participation in ELIP 2025 reflects its continued commitment to regional collaboration, professional development, and strengthening of leadership excellence within the maritime domain.