Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headlines

  
  
  
11/13/2025 2:40 PM

PANGKALAN MUARA, RABU 12 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) pagi tadi telah mendengarkan ceramah kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah yang disampaikan oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN).


Publish Date: 11/12/2025
Sort order:
  
11/13/2025 3:31 PM

BRUNEI MUARA, SELASA, 11 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) sekali lagi melaksanakan kempen membersihkan tanah perkuburan Islam sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 sebagai sebahagian daripada program khidmat masyarakat TLDB yang bertujuan memberi sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat setempat.

Publish Date: 11/11/2025
Sort order:
  
11/11/2025 3:49 PM

MUARA, JUMAAT, 7 NOVEMBER 2025  – Majlis Kenaikan Pangkat bagi 41 orang anggota armada telah berlangsung pada pagi ini bertempat di Pangkalan Tentera Laut Muara.

Publish Date: 11/7/2025
Sort order:
  
11/10/2025 4:11 PM

BOLKIAH GARISON, KHAMIS, 06 NOVEMBER 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi berkenan mengurniakan lencana pangkat Leftenan Kolonel kepada Paduka Anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ’Abdul Mateen, serta kepada tiga (3) orang Pegawai Kanan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang telah dinaikkan pangkat daripada Leftenan Komander kepada Komander. Majlis Kenaikan Pangkat tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.

Publish Date: 11/6/2025
Sort order:
  
11/5/2025 2:41 PM

BRUNEI-MUARA, SELASA, 04 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan Kempen Membersihkan Masjid Az-Zakireen, Kampong RPN Meragang sempena memperingati Jubli Intan TLDB. Kempen ini dikendalikan oleh Armada B dan turut dihadiri oleh Pemerintah Armada, Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB selaku Pegawai Terkanan bagi aktiviti kempen tersebut. ​​​​

Publish Date: 11/4/2025
Sort order:
  
11/5/2025 3:09 PM

MUARA, SELASA, 4 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan rasmi daripada Jeneral Sahir Shamshad Mirza NI (M), Chairman of Joint Chiefs of Staff Committee (CJCSC) Republik Islam Pakistan dan rombongan beliau.​

Publish Date: 11/4/2025
Sort order:
  
11/10/2025 4:25 PM

KARACHI, REPUBLIK ISLAM PAKISTAN, 03 NOVEMBER 2025 – Kepten Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, Ketua Staf Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah mengetuai delegasi TLDB bagi menghadiri 2nd Pakistan International Maritime Expo & Conference (PIMEC) 2025 yang berlangsung dari 3 hingga 6 November 2025 di Karachi Expo Centre (KEC), Republik Islam Pakistan. Delegasi TLDB turut disertai oleh Leftenan Komander Mohd Akramin bin Alidin, TLDB, Timbalan Pegawai Turus Perkembangan Keupayaan, dan Leftenan Komander Mohamad Arif bin Haji Tajuddin, TLDB, Pegawai Pemerintah KDB BERKAT.

Publish Date: 11/3/2025
Sort order:
  
11/13/2025 3:09 PM

SYDNEY, AUSTRALIA, 3 NOVEMBER 2025 – Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah mengetuai delegasi TLDB ke Indo-Pacific International Maritime Exposition 2025 yang berlangsung di International Convention Centre (ICC) Sydney, Australia. Acara selama tiga hari ini dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Australia (RAN) dengan kerjasama Australian Maritime Defence Association (AMDA). Delegasi TLDB turut disertai oleh Leftenan Komander Mohammad Ikhwan bin Haji Junaidi, TLDB, Timbalan Pegawai Turus Perancangan Armada dan Latihan, serta Pegawai Waran 1 Mohammad Nasri bin Ladis, TLDB, Sarjan Mejar Tentera Laut Diraja Brunei.

Publish Date: 11/3/2025
Sort order:
  
11/3/2025 9:48 AM

BOLKIAH GARISON, JUMAAT, 31 OKTOBER 2025 – Atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 2 Pegawai Kanan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah dinaikkan pangkat diantara seramai 19 Pegawai Kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Publish Date: 10/31/2025
Sort order:
  
11/3/2025 10:00 AM

MUARA, JUMAAT, 31 OKTOBER 2025 – Pegawai-Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah meluangkan masa untuk berehat dan bersantai dalam acara bertemakan “Stand at Ease” yang diadakan pada sebelah petang di Squad Hut berhampiran Mes Pegawai TLDB. Acara ini memberikan peluang kepada para pegawai untuk rehat dari rutin kerja harian, berinteraksi serta menikmati petang yang penuh dengan aktiviti santai dan menyeronokkan.

Publish Date: 10/31/2025
Sort order:
  
11/14/2025 10:06 AM

Leftenan Komander Md Muizz Hj Md Jaini, TLDB telah berjaya menamatkan Command and Staff Course ke-56 di Goh Keng Swee Command and Staff College, Republik Singapura. Kursus ini bermula pada 15 Januari dan berakhir pada 31 Oktober 2025.



Publish Date: 10/31/2025
Sort order:
  
11/3/2025 8:54 AM

ICC, KHAMIS, 30 OKTOBER 2025 – Seramai empat belas anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima sijil Higher National Technical (HNtec) semasa Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) ke-33 yang telah berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Publish Date: 10/30/2025
Sort order:
  
11/3/2025 9:17 AM

MUARA, KHAMIS, 30 OKTOBER 2025 – Majlis Penutup Kursus Intermediate Navigation Officers’ Course (INOC) 2025 telah diadakan di Senior Rates Mess, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), dimana seramai lima (05) orang Pegawai Eksekutif dari TLDB telah dianugerahkan sijil diatas kejayaan mereka setelah menamatkan kursus tersebut. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Ketua Staf Armada, Leftenan Komander Hj Mohammad Arnold bin Hj Osman, TLDB. Turut menghadiri majlis tersebut adalah Pegawai Pemerintah kapal-kapal, pegawai-pegawai Armada, tenaga pengajar kursus serta kakitangan pentadbiran.

Publish Date: 10/30/2025
Sort order:
  
11/3/2025 9:35 AM

BRUNEI-MUARA, KHAMIS, 30 OKTOBER 2025 – Sempena memperingati Jubli Intan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), dua kempen pembersihan tanah perkuburan Islam telah diadakan sebagai tanda penghormatan dan amal jariah warga TLDB. Aktiviti ini dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Keramunting, Kampung Salambigar serta Tanah Perkuburan Islam Jame’ Asr’, yang masing-masing dikendalikan oleh Markas Perkhidmatan Bantu dan Pusat Latihan Tentera Laut.

Publish Date: 10/30/2025
Sort order:
  
10/31/2025 9:48 PM

MUARA, RABU, 29 OKTOBER 2025 – Majlis Terima Tugas Ketua Sel Inspektorat Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berlangsung di Mes PTB Kanan, TLDB. 

Publish Date: 10/29/2025
Sort order:
  
11/3/2025 8:46 AM

MUARA, RABU, 29 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Waran TLDB yang melibatkan seramai lapan (08) orang anggota bertempat di Mes PTB Kanan, TLDB.

Publish Date: 10/29/2025
Sort order:
  
10/31/2025 10:00 PM

MUARA, SELASA, 28 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi menghargai pencapaian lapan (8) orang anggota dari Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL) TLDB. Majlis berlangsung di Lobi Aras Bawah, PLTL, Pangkalan Tentera Laut Muara.




Publish Date: 10/28/2025
Sort order:
  
10/30/2025 2:09 PM
KOTA KINABALU, 25–27 OkTOBER 2025 — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Eksesais HORNBILL Siri 30/25 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dianjurkan oleh TLDM melalui Pemerintah Armada Timur dan berlangsung di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah dari 20 hingga 25 Oktober 2025.


Publish Date: 10/27/2025
Sort order:
  
10/29/2025 10:34 AM

BOLKIAH GARISON, AHAD, 26 OKTOBER 2025 – Dua pegawai wanita Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Leftenan Wan Syamimi Alya’a Filzah binti Zulkiflee, TLDB, dan Leftenan Nabilah Sa’adatul Hayat binti Shamsul Hayat, TLDB, meraih tempat pertama dalam kategori 21km Terbuka Perseorangan Wanita dan kategori 10km Terbuka Wanita 31 tahun ke atas semasa Acara Half Marathon dan Larian 10km Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2025 yang berlangsung di Mini Stadium, Bolkiah Garison.

Publish Date: 10/26/2025
Sort order:
  
10/28/2025 3:50 PM

MUARA, JUMAAT, 24 OKTOBER 2025 – Majlis Penyampaian Kenaikkan Pangkat bagi enam (6) anggota dari Markas Tentera Laut Diraja Brunei telah berlangsung di Bilik Pahlawan, Markas Tentera Laut Diraja Brunei dan disempurnakan oleh Yang Mulia Komander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, Ketua Staf Tentera Laut Diraja Brunei.

Publish Date: 10/24/2025
Sort order:
  
10/28/2025 4:54 PM

SERASA, JUMAAT, 24 OKTOBER 2025 - Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Kursus M2 Intermediate Course dan Basic General Mechanic 2025 telah diadakan di Kompleks Sukan Air Serasa, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Leftenan Komander Eddy Sahrany bin Emran, TLDB, Pegawai Jurutera Marin Markas Perkhidmatan Bantu.

Publish Date: 10/24/2025
Sort order:
  
10/31/2025 10:19 AM

KOTA KINABALU, 23–25 Oktober 2025 - Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Komander Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB, telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu sempena Eksesais HORNBILL 30/25.

Publish Date: 10/23/2025
Sort order:
  
10/27/2025 3:38 PM
MUARA, ISNIN-SELASA, 21-22 OKTOBER 2025 – Sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan Kempen Derma Darah selama dua hari bertempat di RBN Warrant Officers’ Mess.


Publish Date: 10/22/2025
Sort order:
  
10/27/2025 3:52 PM

MUARA, RABU, 22 OKTOBER 2025 – Mariner’s Club TLDB telah pun mengadakan sesi Leadership’s Talk bagi Pegawai Tidak Bertauliah bersama Sarjan Mejar – Sarjan Mejar Tentera Laut Diraja Brunei bertempat di Dewan Samudera, TLDB.

Publish Date: 10/22/2025
Sort order:
  
10/29/2025 9:59 AM

MUARA, RABU, 22 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi dua puluh satu (21) orang anggota dari Jabatan Pangkalan TLDB. Majlis berlangsung di Jabatan Pangkalan, Tentera Laut Diraja Brunei.

Publish Date: 10/22/2025
Sort order:
  
10/24/2025 11:05 AM

BRUNEI – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah  menyertai Jelajah Kerjaya 2025 yang dianjurkan oleh Pusat Pekerjaan Brunei (PPB). Program ini telah diadakan di keempat-empat daerah bermula pada 2 Oktober hingga 19 Oktober 2025.

Publish Date: 10/19/2025
Sort order:
  
10/20/2025 10:16 AM

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Juma’at, 17 Oktober 2025 – Dua kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), KDB DARULAMAN dan KDB BERKAT, telah berlepas baru-baru ini ke Sepanggar, Kota Kinabalu untuk menyertai Eksesais Dua Hala HORNBILL 30/25 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan berlangsung dari 19 hingga 24 Oktober 2025 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Publish Date: 10/17/2025
Sort order:
  
10/21/2025 3:12 PM

PENANJONG GARISON, JUMAAT, 17 OKTOBER 2025 – Seramai empat (4) anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menamatkan Kursus Membaca Peta dan Pandu Arah GPS Siri 2/2025 bersama peserta daripada cawangan lain Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis penutup kursus tersebut diadakan di Bilik Iveco, Cawangan Latihan Memandu, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison.

Publish Date: 10/17/2025
Sort order:
  
10/22/2025 2:31 PM

SURABAYA INDONESIA - Leftenan Mirza bin Abdullah dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai program Western Pacific Naval Symposium Junior Officers' Interaction 2025 (WPNS JOIP 2025) yang telah diadakan di Surabaya, Indonesia dari 13 hingga 17 Oktober 2025.

Publish Date: 10/17/2025
Sort order:
  
10/20/2025 9:55 AM

MUARA, KHAMIS, 16 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima kunjungan daripada Laksamana Muda Amir Mahmood, HI (M), Pemangku Setiausaha Pertahanan, Republik Islam Pakistan, bersama delegasi. Ketibaan Laksamana Muda Amir Mahmood dan delegasi di Markas TLDB telah disambut oleh Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB. 

Publish Date: 10/16/2025
Sort order:
1 - 30Next