RIMBA, Ahad, 21 September 2025 – Badan Kebajikan Isteri-Isteri (BAKTI) Tentera Laut Diraja Brunei telah berjaya mengadakan Fun Badminton 2025 di Kompleks Sukan TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Acara tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran Haniwati binti Hj Bakar, isteri Pemerintah TLDB merangkap Ketua BAKTI, bersama ahli-ahli BAKTI yang lain.
Acara dimulakan dengan sesi pemanasan ringan diikuti perlawanan badminton persahabatan antara ahli-ahli BAKTI dan peserta jemputan. Para peserta menikmati suasana kebersamaan serta semangat persaingan yang sihat semasa menyertai perlawanan perseorangan dan berdua.
Fun Badminton 2025 bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama ahli, memupuk gaya hidup sihat, dan menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti riadah. Acara diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan jamuan ringan, menandakan satu lagi inisiatif berjaya BAKTI dalam memperkukuhkan perpaduan dan kesejahteraan ahlinya.
———
BAKTI ORGANISES ‘FUN BADMINTON 2025’
RIMBA, Sunday, 21 September 2025 – The Wives’ Welfare Body (BAKTI) of the Royal Brunei Navy successfully held Fun Badminton 2025 at the Royal Brunei Air Force Sport Complex, Rimba Air Force Base . The event was graced by Puan Haniwati binti Hj Bakar, spouse of Commander TLDB and Head of BAKTI, alongside other BAKTI members.
The event commenced with a light warm-up session, followed by friendly badminton matches among BAKTI members and invited participants. Participants enjoyed an atmosphere of togetherness and good-natured competition while engaging in singles and doubles matches.
The Fun Badminton 2025 aimed to foster closer ties among members, promote a healthy lifestyle, and encourage active participation in recreational activities. The event concluded with a group photo session and light refreshments, marking another successful initiative by BAKTI to strengthen unity and well-being among its members.