Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ENAM ANGGOTA MARKAS TLDB TELAH DI NAIKKAN PANGKAT

MUARA, JUMAAT, 24 OKTOBER 2025 – Majlis Penyampaian Kenaikkan Pangkat bagi enam (6) anggota dari Markas Tentera Laut Diraja Brunei telah berlangsung di Bilik Pahlawan, Markas Tentera Laut Diraja Brunei dan disempurnakan oleh Yang Mulia Komander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, Ketua Staf Tentera Laut Diraja Brunei.

Dalam majlis tersebut, Dua (2) anggota telah dinaikkan ke pangkat Bintara Kanan Tetap, Tiga (3) anggota telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Laskar Kanan dan Satu (1) anggota telah dinaikkan ke pangkat Laskar Muda Tetap.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian lencana pangkat kepada Anggota-anggota yang terlibat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat sebagai tanda keberkatan dan kesyukuran.

Tentera Laut Diraja Brunei mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat, dan mendoakan agar mereka terus cemerlang, berdisiplin, dan berintegriti dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai warga Angkatan Laut, khususnya, dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei amnya.


———

SIX PERSONNEL FROM RBN HEADQUARTERS PROMOTED

MUARA, FRIDAY, 24 OCTOBER 2025 – The Promotion Ceremony for six (6) personnel from the Royal Brunei Navy Headquarters was held at the Bilik Pahlawan, Royal Brunei Navy Headquarters. The ceremony was officiated by Commander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, Chief of Staff, Royal Brunei Navy.

During the ceremony, two (2) personnel were promoted to the rank of Permanent Chief Petty Officer, three (3) personnel were promoted to Acting Leading Rate, and one (1) personnel was promoted to Permanent Able Rate.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of rank insignias to the promoted personnel, and concluded with a Doa Selamat prayer as a gesture of gratitude and blessing.

The Royal Brunei Navy extends its heartfelt congratulations to all promoted personnel and wishes them continued excellence, discipline, and integrity in carrying out their duties and responsibilities as proud members of the Navy and the Royal Brunei Armed Forces as a whole.