Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS MEMBACA PETA DAN PANDU ARAH GPS SIRI 2/2025

PENANJONG GARISON, JUMAAT, 17 OKTOBER 2025 – Seramai empat (4) anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menamatkan Kursus Membaca Peta dan Pandu Arah GPS Siri 2/2025 bersama peserta daripada cawangan lain Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis penutup kursus tersebut diadakan di Bilik Iveco, Cawangan Latihan Memandu, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB, yang turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta kursus.

Kursus ini merupakan program asas pandu arah darat yang bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran penting seperti analisis peta topografi, penggunaan kompas serta pengendalian peranti GPS secara berkesan. Kemahiran yang diperoleh amat penting dalam memastikan kesiapsiagaan operasi dan perancangan misi dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Penutupan kursus ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan kemahiran peserta, sekaligus meningkatkan kesiapsiagaan dan profesionalisme mereka dalam tugasan yang akan datang di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

———-

CLOSING CEREMONY OF THE MAP READING AND GPS NAVIGATION COURSE SERIES 2/2025

PENANJONG GARISSON, FRIDAY, 17 OCTOBER 2025 – Four personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) successfully completed the Map Reading and GPS Navigation Course Series 2/2025, alongside other participants of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The closing ceremony was successfully held at the Iveco Room, Driving Training Branch, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison.

The Guest of Honour was Major Roziahani binti Mohd Jaya, Acting Commanding Officer of the School of Military Trade, TI RBAF, who also presented the certificates to the course participants.

The course is a basic land navigation program aimed at equipping participants with essential skills such as topographic map analysis, compass usage, and effective handling of GPS devices. These skills are crucial in ensuring operational readiness and mission planning within the Royal Brunei Armed Forces. The completion of this course marks an important milestone in the participants’ skill development, further enhancing their readiness and professionalism in future assignments within the Royal Brunei Armed Forces.