PENANJONG GARISON, KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penutup Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar sesi 2025 telah berlangsung di Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB), Penanjong Garison. Kursus ini telah dijalankan bermula dari 21 Julai 2025 hingga 19 September 2025 yang melibatkan seramai 37 peserta dari pelbagai unit dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk 4 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

Hadir pada majlis tersebut ialah Mejar Ahmad Bohare bin Haji Mandor, Pemangku Pegawai Pemerintah SI TDDB, dan turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota ABDB serta tetamu jemputan.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan persembahan kawad tongkat berkumpulan oleh peserta kursus serta penyampaian ringkasan kursus oleh Pengendali Kursus Cawangan Latihan Kawad SI TDDB. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah, yangmana Anugerah Penuntut Terbaik Teori telah diberikan kepada 19829 Bintara Muhammad Azizee bin Buhannuddin dari Jabatan Pertahanan Pangkalan TLDB, sebelum diakhiri dengan ucapan, doa penutup dan sesi bergambar ramai.
Kursus ini bertujuan untuk melatih dan mengajar peserta kursus mengenai kemahiran dan sikap yang dikehendaki sebagai seorang PTB Kanan untuk menjawat jawatan Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar. Disamping itu juga kursus ini dapat meningkatkan keupayaan dalam pengurusan dan pentadbiran diperingkat kompeni atau skuadron, berkebolehan untuk mengendalikan kawad-kawad istiadat dan memahami mengenai adat istiadat serta berkebolehan untuk menjalankan tugas sebagai kompeni/skuadron sarjan mejar. Kursus ini juga akan melahirkan bakal-bakal Sarjan Mejar Kawad dan Sarjan Mejar Rejimen dimasa akan datang.
———
FOUR RBN PERSONNEL COMPLETED THE COMPANY/SQUADRON SERGEANT MAJOR COURSE 2025 SESSION
PENANJONG GARRISON, THURSDAY, 18 SEPTEMBER 2025 – The Closing Ceremony for the Company/Squadron Sergeant Major Course 2025 was held at the School of Infantry, Royal Brunei Land Force (SOI RBLF), Penanjong Garrison. The course was conducted from 21 July to 19 September 2025, involving 37 participants from various units across the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), including four personnel from the Royal Brunei Navy (RBN).
Present at the ceremony was Major Ahmad Bohare bin Haji Mandor, Acting Commanding Officer of SOI RBLF, along with senior officers, officers, RBAF personnel, and invited guests.
The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a group Stick Drill performance by course participants, followed by a course summary delivered by the Course Instructor from SOI RBLF’s Drill Training Wing. The ceremony continued with the presentation of certificates and awards, including the Best Theory Award presented to 19829 Petty Officer Muhammad Azizee bin Buhannuddin from RBN’s Base Defence Department, before concluding with a speech, closing prayer, and group photo session.
The aim of the course was to train and instill the participants with skills and qualities required of a Senior Non-Commissioned Officer (SNCO) appointed as a Company/Squadron Sergeant Major. In addition, the course enhanced participants’ abilities in company or squadron-level management and administration, as well as their proficiency in conducting ceremonial drills and understanding military customs and traditions. It also prepared participants to undertake the responsibilities of a Company/Squadron Sergeant Major, and to potentially become future Drill Sergeant Majors and Regimental Sergeant Majors.