MARABURONG, RABU, 20 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan lawatan yang penuh berinformasi dan membuka minda ke Penjara Maraburong, Jabatan Penjara.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai fungsi dan peranan Jabatan Penjara, diikuti dengan demonstrasi pelaksanaan hukuman sebat dan rotan di bawah undang-undang Sivil dan Syariah. Rombongan turut berpeluang meninjau Penjara Maraburong Fasa III, di mana para pegawai dan anggota TLDB menyaksikan secara langsung dedikasi, profesionalisme serta komitmen padu warga jabatan yang bukan sahaja bertanggungjawab terhadap keselamatan awam, tetapi juga menggalas misi penting dalam aspek pemulihan.
Melalui lawatan ini, para peserta memperoleh penghargaan yang lebih mendalam terhadap nilai-nilai yang diterapkan oleh kedua-dua institusi dalam persekitaran yang berbeza tetapi sama pentingnya. Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderahati serta sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai Jabatan Penjara.
———
RBN CONDUCTS VISIT TO MARABURONG PRISON, PRISONS DEPARTMENT
MARABURONG, WEDNESDAY, 20 AUGUST 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) conducted an insightful and eye-opening visit to Maraburong Prison, Prisons Department.
The visit began with a briefing on the roles and functions of the Prisons Department, followed by demonstrations on the implementation of whipping and caning punishments under both Civil and Syariah law. The programme continued with a tour of Maraburong Prison Phase III, where RBN officers and personnel gained firsthand exposure to the dedication, professionalism, and unwavering commitment of those entrusted not only with ensuring public safety but also with the profound mission of rehabilitation.
Through this visit, RBN personnel developed a renewed appreciation for how these values are embodied by both institutions in different yet equally critical environments. The visit concluded with the exchange of tokens of appreciation and a group photo session with Prisons Department officers.