JAKARTA, Indonesia — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) berbesar hati menyertai ASEAN Plus Cadet Sail 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 17 Ogos 2025. Kapal layar latihan milik Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL), KRI BIMASUCI, telah memulakan pelayaran selama dua minggu dari Jakarta ke Padang, Indonesia dan berakhir di Pulau Pinang, Malaysia, membawa semangat kerjasama serantau dengan slogan “Friendship Over The Ocean”.
Bertemakan “Building Synergy Among Future Naval Officers to Foster Navy Brotherhood”, program ini menghimpunkan peserta daripada 21 negara ASEAN Plus termasuk Australia, Kemboja, China, Timor Leste, United Kingdom dan lain-lain. Ia telah mengukuhkan kefahaman bersama serta mengeratkan hubungan melalui diplomasi maritim, pertukaran budaya dan pembangunan profesional.
Mewakili TLDB adalah, Leftenan Madya Zainur Rashidin bin Rahaimi, TLDB, dan Leftenan Madya Mohamed Syahmi Wafiq bin Mohamed Rohaizan, TLDB, telah mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti di atas KRI BIMASUCI sepanjang pelayaran. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Kunjungan Hormat, Majlis Resepsi di Geladak, aktiviti berpasukan, pembentangan dan sesi perbincangan.
Pelayaran selama dua minggu ini telah berakhir di Pulau Pinang, Malaysia dengan majlis penutup serta pertukaran budaya, yang menekankan kepentingan semangat perpaduan dalam kepelbagaian di seluruh ASEAN dan seterusnya.
——
RBN PARTICIPATES IN ASEAN PLUS CADET SAIL 2025 (APCS2025) SAILING PROGRAM HOSTED BY INDONESIAN NAVY (TNI-AL)
Jakarta, Indonesia — The Royal Brunei Navy was honored to participate in the ASEAN Plus Cadet Sail 2025 from 4th August 2025 to 17th August 2025. The Indonesian Navy’s sail training tall ship KRI BIMASUCI had set sail on a two-week voyage from Jakarta, Indonesia to Padang, Indonesia, and concluded to Penang, Malaysia, carrying the spirit of regional cooperation and revolving around its slogan “Friendship Over The Ocean”.
The program with their theme “Building Synergy Among Future Naval Officers to Foster Navy Brotherhood” brought together participants from 21 ASEAN Plus countries, consisting of Australia, Cambodia, China, Timor Leste, United Kingdom and more. Fostered deeper understanding and stronger ties through maritime diplomacy, cultural exchange, and professional development.
Representing the Royal Brunei Navy were, Lieutenant Junior Grade Zainur Rashidin bin Rahaimi, RBN, and Lieutenant Junior Grade Mohamed Syahmi Wafiq bin Mohamed Rohaizan, RBN, who actively participated in range of activities onboard KRI BIMASUCI throughout their sail. The program composes of activities and interactions such as Courtesy Calls, Deck Receptions, Team-building activities, Presentations and Discussions.
The two-week voyage culminated in Penang, Malaysia, where participants marked the successful conclusion of their journey with a closing ceremony and cultural exchange, underscoring the importance of unity in diversity across ASEAN and beyond.





