MUARA, RABU, 23 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda dalam Mechanical Engineering dari Universiti Teknologi Brunei yang melibatkan seramai 34 orang pelajar.
Setibanya rombongan di Pangkalan TLDB, Muara, sesi lawatan dimulakan ucapan alu-aluan daripada Komander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, Komandan Latihan Laut, diikuti dengan tayangan video korporat yang memperkenalkan peranan dan fungsi TLDB.
Rombongan turut berpeluang untuk bergambar ramai sebagai kenang-kenangan, serta pertukaran cenderahati diantara TLDB dan UTB. Lawatan diteruskan dengan pameran statik oleh Jabatan Pertahanan Pangkalan dan Grup Tindak Permukaan Laut yang mempamerkan kelengkapan dan keupayaan sokongan teknikal serta operasi permukaan laut TLDB.
Sebagai kemuncak lawatan, para pelajar telah dibawa melawat ke kapal KDB DARUSSALAM, di mana mereka didedahkan kepada keupayaan kapal, sistem mekanikal dan teknologi maritim yang digunakan oleh TLDB dalam melaksanakan tugasan operasi dan pertahanan negara.
Tujuan lawatan ini adalah bagi memperkenalkan TLDB secara amnya, khususnya peranan serta fasiliti yang terdapat di Pangkalan TLDB. Ia juga bertujuan menjadi satu tanda aras kepada para belia dalam membentuk pemikiran masa hadapan dari segi pengetahuan, mencetus semangat patriotik, dan melahirkan idea-idea bernas yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
———
ROYAL BRUNEI NAVY RECEIVES VISIT UNIVERSITY TECHNOLOGY BRUNEI
MUARA, WEDNESDAY, 23 JULY 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) welcomed a visit from 34 undergraduate students from the Bachelor of Engineering (Hons) in Mechanical Engineering course from University Technology Brunei (UTB).
Upon arrival at the RBN Base in Muara, the visit commenced with a welcoming remark by Commander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, Commandant Naval Training, followed by a video showcase highlighting the roles and responsibilities of the Royal Brunei Navy.
The group had the opportunity to take a group photo followed by a gift exchange between RBN and UTB. The visit continued with visiting the static exhibition organised by the Base Defence Department and the Naval Surface Action Group, showcasing RBN’s technical support equipment and surface operational capabilities.
As the highlight of the programme, the students were brought onboard KDB DARUSSALAM, where they were introduced to the ship’s capability, mechanical systems, and maritime technologies employed by the Royal Brunei Navy in carrying out operational tasks and national defence duties.
The purpose of the visit was to introduce RBN roles and facilities as a source of inspiration for the younger generation. It also aimed to serve as a benchmark in shaping forward-thinking minds, instilling patriotism, and fostering innovative ideas that can contribute to national development.








