​​BOLKIAH GARISSON, 13 NOVEMBER 2025
— Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), bersama Angkatan Pertahanan Australia (ADF), baru-baru ini telah menganjurkan Maritime Security & Law Dialogue sebagai sebahagian daripada Indo-Pacific Endeavour 2025 (IPE25) yang berlangsung pada 12–13 November 2025 bertempat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHBIDSS), Bolkiah Garison. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan maritim, perkongsian maklumat serta pemahaman strategik antara kedua-dua negara, dengan fokus kepada cabaran maritim yang semakin berkembang di rantau Indo-Pasifik.

Majlis telah disempurnakan oleh Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Pemerintah TLDB, dengan kehadiran Komodor Peter Leavy selaku ketua delegasi ADF serta Tuan Yang Terutama Michael Hoy, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Brunei Darussalam.
Program ini merangkumi pembentangan daripada para penceramah Australia dan Brunei, meliputi topik seperti trend keselamatan maritim serantau, pengurusan sempadan maritim, operasi membanteras penyeludupan dadah, Maritime Domain Awareness (MDA), teknologi AI dan sistem tanpa pemandu, serta strategi maritim Australia. Para peserta turut terlibat dalam perbincangan yang memperluas pemahaman mengenai cabaran keselamatan yang dikongsi bersama serta perkembangan semasa dalam domain maritim.
Antara acara kemuncak ialah Maritime Security Architecture tabletop exercise yang melibatkan agensi-agensi Brunei dan anggota beruniform dalam menganalisis senario berkaitan cabaran keselamatan maritim. Acara ditutup dengan penyampaian sijil oleh Timbalan Pemerintah TLDB dan Komodor Leavy.
Tentera Laut Diraja Brunei menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh kerjasama serantau, mengeratkan hubungan profesional, serta meningkatkan keselamatan maritim secara kesuluruhan di rantau Indo-Pasifik.
———-
BOLKIAH GARISSON, 13 November 2025 — The Royal Brunei Navy (RBN), together with the Australian Defence Force (ADF), recently conducted the Maritime Security & Law Dialogue as part of Indo-Pacific Endeavour 2025 (IPE25) on 12–13 November 2025 at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Bolkiah Garrison. The event aimed to enhance maritime security cooperation, information sharing, and strategic understanding between both nations, with a particular focus on emerging challenges in the Indo-Pacific. 
The event was officiated by Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, Deputy Commander of the RBN, with Commodore Peter Leavy leading the ADF delegation and His Excellency Michael Hoy, the Australian High Commissioner, in attendance.
The programme featured presentations from Australian and Bruneian speakers, covering regional maritime trends, border management, counter-narcotics operations, maritime domain awareness, AI and uncrewed technologies, and Australia’s maritime strategy. Participants engaged in discussions that broadened understanding of shared security challenges and ongoing developments in the maritime domain.
A key highlight was the Maritime Security Architecture tabletop exercise involving Bruneian agencies and uniformed personnel analysing scenario-based maritime challenges. The event concluded with a certificate presentation by the Deputy Commander RBN and Commodore Leavy. 
The Royal Brunei Navy reaffirms its commitment to fostering regional cooperation, strengthening professional partnerships, and enhancing collective maritime security in the Indo-Pacific.