BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 29 August 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, graciously consented to bestow State Decorations of Brunei Darussalam upon recipients from various government ministries and departments in conjunction with His Majesty’s 80th Birthday Celebration.
The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
Among the recipients were four senior officers of the Royal Brunei Navy (RBN). Captain Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, and Captain Nor Ariwwin bin Mohd Ali, RBN, were conferred the Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.) – The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei, Third Class.
Meanwhile, Commander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, RBN, and Lieutenant Commander Haji Abdul Hafiz Mubarak bin Haji Rusli, RBN, were conferred the Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.) – The Most Blessed Order of Setia Negara Brunei, Fourth Class.
The conferment reflects His Majesty’s recognition of the recipients’ dedicated service and contributions to the nation.
PEGAWAI-PEGAWAI KANAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI ANTARA PENERIMA BINTANG-BINTANG KEBESARAN NEGARA
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Ogos 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada para penerima daripada pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-80 Tahun.
Istiadat Pengurniaan tersebut telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
Antara penerima tersebut ialah empat orang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB dan Kepten Nor Ariwwin bin Mohd Ali, TLDB telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.).
Manakala, Komander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, TLDB dan Leftenan Komander Haji Abdul Hafiz Mubarak bin Haji Rusli, TLDB telah dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.).
Pengurniaan tersebut mencerminkan pengiktirafan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terhadap khidmat bakti dan sumbangan para penerima kepada negara.





