CHANGI NAVAL BASE, REPUBLIC OF SINGAPORE — Lieutenant Junior Grade Muhammad Kasyfi Shafi’e bin Abdullah Ade Rozli, RBN, and Lieutenant Junior Grade Muhammad Irfan bin Roslan, RBN, have successfully completed the Naval Junior Officers’ Course (NJOC) 35/26 conducted at the Watchkeeping & Navigation Training Centre, RSS PANGLIMA, Changi Naval Base, Republic of Singapore, from 05 January to 24 June 2026.

The intensive 25-week course brought together officers from the Republic of Singapore Navy, Royal Brunei Navy, Royal Malaysian Navy, Indonesian Navy, Royal Thai Navy, and Philippine Navy. The course was designed to prepare junior naval officers to assume the responsibilities of an Officer of the Watch (OOW), Pilotage Officer (PO), bridge team leader, and navigation planner.

Throughout the course, the officers underwent rigorous theoretical and practical training in navigation, bridge resource management, ship handling, and maritime operations. Practical instruction was conducted extensively using the Full Mission Shiphandling Simulator (FMSS) and aboard the commercial training vessels STET Polaris and EH Argo. The training also included navigational planning and bridge watchkeeping exercises through some of the region’s busiest and most demanding waterways, including the Singapore Traffic Separation Scheme (TSS), East Johor Strait, and Sinki Fairway.

The successful completion of the Naval Junior Officers’ Course marks a significant milestone in the officers’ professional development and reflects the Royal Brunei Navy’s continued commitment to developing competent and professional naval officers while enhancing operational capability, regional cooperation, and interoperability with partner navies.

PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI BERJAYA MENAMATKAN NAVAL JUNIOR OFFICERS’ COURSE DI REPUBLIK SINGAPURA

PANGKALAN TENTERA LAUT CHANGI, REPUBLIK SINGAPURA — Leftenan Madya Muhammad Kasyfi Shafi’e bin Abdullah Ade Rozli, TLDB dan Leftenan Madya Muhammad Irfan bin Roslan, TLDB telah berjaya menamatkan Naval Junior Officers’ Course (NJOC) 35/26 yang dikendalikan di Watchkeeping & Navigation Training Centre, RSS PANGLIMA, Pangkalan Tentera Laut Changi, Republik Singapura, dari 05 Januari hingga 24 Jun 2026.

Kursus intensif selama 25 minggu itu telah menghimpunkan pegawai-pegawai daripada Tentera Laut Republik Singapura, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Nasional Indonesia–Angkatan Laut (TNI-AL), Tentera Laut Diraja Thailand dan Tentera Laut Filipina. Kursus ini direka bagi melatih pegawai-pegawai muda tentera laut untuk memikul tanggungjawab sebagai Officer of the Watch (OOW), Pilotage Officer (PO), ketua pasukan anjungan serta perancang pelayaran.

Sepanjang kursus tersebut, para pegawai mengikuti latihan teori dan amali yang komprehensif dalam bidang navigasi, pengurusan sumber anjungan, pengendalian kapal dan operasi maritim. Latihan amali dilaksanakan secara intensif menggunakan Full Mission Shiphandling Simulator (FMSS) serta di atas kapal latihan komersial STET Polaris dan EH Argo. Latihan turut merangkumi perancangan pelayaran dan pelaksanaan tugas anjungan di antara laluan perkapalan yang paling sibuk dan mencabar di rantau ini, termasuk Singapore Traffic Separation Scheme (TSS), Selat Johor Timur dan Sinki Fairway.

Kejayaan menamatkan Naval Junior Officers’ Course ini merupakan satu pencapaian penting dalam pembangunan profesional kedua-dua pegawai berkenaan serta mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam melahirkan pegawai tentera laut yang kompeten dan profesional, di samping memperkukuh keupayaan operasi, kerjasama serantau dan kebolehoperasian bersama angkatan tentera laut rakan strategik.