MUARA, Friday, 7 August 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) today held the Khatam Al-Quran Ceremony in conjunction with the 80th Birthday Celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, for the year 1448 Hijrah / 2026, at the Surau Al-Huda, Muara Naval Base.
Present at the event was First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy. Also in attendance were members of the RBN Executive Board, senior officers, officers and personnel of the Royal Brunei Navy.
The ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, followed by the recitation of Khatam Al-Quran, Takhtim and Tahlil, as well as the recitation of Doa Khatam Al-Quran and Doa Tahlil. The programme continued with the recitation of Dikir Marhaban accompanied by the presentation of bunga telur, followed by Selawat and a Tazkirah. The ceremony also included the recitation of Zikir Istighfar, Solat Sunat Hajat and Doa Hajat, Solat Sunat Dhuha together with the recitation of Doa Dhuha, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, and concluded with the recitation of Surah Al-Asr, Tasbih Kaffarah, Doa Memohon Keampunan untuk Kedua Ibu Bapa and Doa Memohon Keampunan.
The Khatam Al-Quran Ceremony serves as a special pesambah to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, and was conducted simultaneously with similar ceremonies held at all suraus across the Royal Brunei Armed Forces camps and garrisons.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBABAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-80 TAHUN
MUARA, Jumaat, 7 Ogos 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masihi, yang berlangsung di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB Muara.
Hadir pada majlis tersebut ialah Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah TLDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota TLDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran, Takhtim dan Tahlil, seterusnya bacaan Doa Khatam Al-Quran dan Doa Tahlil. Acara diteruskan dengan Dikir Marhaban yang disertai dengan penyampaian bunga telur, diikuti dengan Selawat serta Tazkirah. Majlis turut diisikan dengan Zikir Istighfar, Solat Sunat Hajat dan Doa Hajat, Solat Sunat Dhuha berserta Bacaan Doa Dhuha, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, dan diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr, Tasbih Kaffarah, Doa Memohon Keampunan untuk Kedua Ibu Bapa serta Doa Memohon Keampunan.
Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan salah satu pesambah khas sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun dan telah diadakan secara serentak di semua surau di perkhemahan dan garison Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.








