MUARA, Friday, 4 September 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a Halaqah Ceremony and Subuh Religious Talk in conjunction with Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam 1448H at Surau Al-Huda, RBN Base. The programme was conducted simultaneously at participating suraus across Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy. Also present were Senior Officers, officers and personnel of the RBN.
The ceremony commenced with the Subuh prayer in congregation, followed by a Halaqah session led by the Imam of Surau Al-Huda. The programme continued with a religious talk entitled “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah”, delivered by Ustaz Mas Ismandi bin Metassan, a Religious Teacher from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).
The lecture highlighted Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam as a guiding light who illuminates the path of truth and strengthens the aqidah of Muslims. The exemplary character and leadership of Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam also provide valuable lessons for uniformed personnel in upholding integrity, discipline, trustworthiness and responsibility in the performance of their duties.
The programme aimed to strengthen spiritual values and encourage RBN personnel to continuously appreciate and practise Islamic teachings in their daily lives and service to religion, the nation and the monarch.
MUARA, Jumaat, 4 September 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Halaqah dan Ceramah Subuh sempena Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam 1448H di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB.
Program berkenaan telah dilaksanakan secara serentak di surau-surau dalam perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TLDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Subuh berjemaah, diikuti dengan sesi halaqah yang dipimpin oleh Imam Surau Al-Huda. Program diteruskan dengan ceramah bertajuk “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah”, yang disampaikan oleh Ustaz Mas Ismandi bin Metassan, Guru Agama dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB).
Ceramah berkenaan menghuraikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai suluhan yang menerangi jalan kebenaran dan memperkukuhkan aqidah umat Islam. Keperibadian dan kepimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam turut memberikan pengajaran yang bernilai kepada anggota beruniform dalam menjunjung nilai integriti, disiplin, amanah dan tanggungjawab ketika melaksanakan tugas.
Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian serta menggalakkan warga TLDB supaya terus menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan ketika berkhidmat demi agama, bangsa dan raja.



