BERAKAS CAMP, FRIDAY, 26 JUNE 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) delivered an outstanding performance at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Football and Tug-of-War Championship 2026, finishing as Runner-up in the Football Championship while claiming Championship titles in both the Heavyweight and Lightweight categories of the Tug-of-War competition. The Grand Finals were held at the Mini Stadium, 1st Battalion Berakas Camp.

The championship was officiated by the Guest of Honour, Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.

Following a series of highly competitive football matches, the Royal Brunei Navy secured an impressive Runner-up finish in the Football Championship.

The RBN further demonstrated exceptional strength, resilience, and teamwork by emerging as Champion in both the Heavyweight and Lightweight Tug-of-War categories. The Royal Brunei Air Force (RBAirF) finished as Runner-up in the Lightweight category, while the Royal Brunei Land Force (RBLF) secured Runner-up in the Heavyweight category.

The annual championship remains one of the RBAF’s key sporting events, promoting physical fitness, teamwork, sportsmanship, and camaraderie among personnel across the three services. The Royal Brunei Navy takes pride in this achievement and looks forward to competing with the same spirit and determination in next year’s championship.

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI RAIH NAIB JOHAN BOLA SEPAK DAN JOHAN KEJOHANAN TARIK KALAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 2026

BERAKAS KEM, JUMAAT, 26 JUN 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila muncul sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Bola Sepak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2026, di samping menjuarai pertandingan Tarik Kalat bagi kedua-dua kategori berat dan ringan. Perlawanan akhir kejohanan telah berlangsung di Stadium Mini, Kem Batalion Pertama Berakas.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.

Dalam saingan bola sepak yang berlangsung dengan penuh sengit dan kompetitif, TLDB berjaya menamatkan kejohanan sebagai Naib Johan keseluruhan.

TLDB turut mempamerkan kekuatan fizikal, ketahanan serta semangat berpasukan yang tinggi dalam pertandingan Tarik Kalat apabila muncul Juara bagi kedua-dua kategori berat dan ringan. Bagi kategori ringan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) muncul sebagai naib juara, manakala Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menduduki tempat kedua bagi kategori berat.

Kejohanan tahunan ini merupakan antara acara sukan utama ABDB yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memperkukuhkan semangat kesukanan, kerjasama serta setiakawan dalam kalangan anggota ketiga-tiga perkhidmatan. TLDB berbangga dengan pencapaian yang diraih dan berazam untuk terus mengekalkan kecemerlangan pada kejohanan akan datang.