MUARA, Thursday, 9 July 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) hosted a visit by 45 international students from ASEAN countries under the Poni Group as part of an educational programme aimed at enhancing understanding of the RBN’s role in safeguarding Brunei Darussalam’s maritime security.
The visit began with a briefing on the RBN’s history, organisational structure and key roles, followed by an introduction to its capabilities, including assets, navigation systems and operational equipment.
Participants also toured an RBN vessel, gaining first-hand insight into life at sea and the technologies used by naval personnel. An interaction session with RBN members provided further understanding of the demands of naval service, including discipline, professionalism, physical readiness and commitment.
The visit highlighted the importance of national defence and maritime security while raising awareness among youth of their role in contributing to the nation’s future. Such programmes continue to strengthen ties between the Royal Brunei Navy and the international community through education and outreach.
PONI GROUP MENGADAKAN LAWATAN KE TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
MUARA, Khamis, 9 Julai 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan 45 pelajar antarabangsa dari negara ASEAN di bawah Poni Group sebagai sebahagian daripada program pendidikan bagi meningkatkan kefahaman mengenai peranan TLDB dalam menjaga keselamatan maritim Negara Brunei Darussalam.
Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai sejarah, struktur organisasi dan peranan utama TLDB, diikuti pengenalan kepada keupayaan termasuk aset, sistem navigasi dan peralatan operasi.
Rombongan turut melawat sebuah kapal TLDB bagi melihat kehidupan di atas kapal serta teknologi yang digunakan. Sesi interaksi bersama anggota TLDB memberi pendedahan mengenai tuntutan perkhidmatan tentera laut seperti disiplin, profesionalisme, kesiapsiagaan fizikal dan komitmen.
Lawatan ini menekankan kepentingan pertahanan negara dan keselamatan maritim serta meningkatkan kesedaran belia terhadap peranan mereka dalam menyumbang kepada masa depan negara. Program seumpama ini terus mengukuhkan hubungan TLDB dengan masyarakat antarabangsa melalui pendidikan dan jangkauan komuniti.






