NEWS HEADLINES
38 ANGGOTA ARMADA TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DINAIKKAN PANGKAT
MUARA, JUMAAT, 25 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 38 anggota Armada TLDB bertempat di Dewan Samudera, TLDB.
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KURSUS ADVANCE ABOVE WATER WARFARE DAN ADVANCE ABOVE WATER TACTICAL BAGI TAHUN 2025
SERASA, JUMAAT, 25 JULAI 2025 - Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Advance Above Water Warfare (AAWW) dan Advance Above Water Tactical (AAWT) Course bagi tahun 2025 telah diadakan di Kompleks Watermanship Serasa, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Komander Mohamad Shahrul Idham bin Haji Bungsu, TLDB, Pegawai Pelaksana KDB DARULAMAN.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH BAKTI DEWA JERUDONG
MUARA, KHAMIS, 24 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Bakti Dewa Jerudong yang melibatkan seramai 90 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring.
EMPAT ANGGOTA JABATAN PANGKALAN TLDB DINAIKKAN PANGKAT
MUARA, RABU, 23 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi empat orang anggota daripada Jabatan Pangkalan TLDB. Dalam majlis tersebut, seorang anggota dinaikkan pangkat ke Bintara, seorang anggota lagi dinaikkan ke pangkat Laskar Kanan, manakala dua anggota lagi dinaikkan ke pangkat Laskar Muda. Majlis berlangsung di bangunan Jabatan Pangkalan TLDB.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI
MUARA, RABU, 23 JULAI 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda dalam Mechanical Engineering dari Universiti Teknologi Brunei yang melibatkan seramai 34 orang pelajar.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI TURUT SERTA DALAM ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-79
BANDAR SERI BEGAWAN, SELASA, 15 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dengan bangga menyertai Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.





