NEWS HEADLINES
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA SEL INSPEKTORAT TLDB
PANGKALAN TENTARA LAUT MUARA, KHAMIS, 10 JULAI 2025 – Hari ini, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi lima (5) anggota dari Sel Inspektorat TLDB yang berlangsung di Dewan Serbaguna Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB.
PERJUMPAAN PEMERINTAH TLDB DENGAN ANGGOTA INTEK 176 – TEKANKAN NILAI TERAS DAN DISIPLIN
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, SELASA, 8 JULAI 2025 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Yang Mulia Kepten Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, TLDB, hari ini telah mengadakan sesi perjumpaan bersama 9 orang anggota baru Pengambilan Intek 176 TLDB yang telah melapor diri pada 12 Mei 2025, selepas menamatkan latihan rekrut di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir adalah Pegawai Memerintah Sekolah Latihan Laut, Leftenan Komander Mohammad Samsul bin Awang Rosman, TLDB dan Penolong Pegawai Memerintah Latihan Laut, Leftenan Madya Dk Norarifah binti Pg Haji Bahar, TLDB.
Pegawai TLDB Tamat Kursus Minehunting Officer’s Course Ke-34 di Pangkalan Tentera Laut Changi
PANGKALAN TENTERA LAUT CHANGI, REPUBLIK SINGAPURA – Dua orang pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Leftenan Muhammad Ajrullah bin Rosli,TLDB, dan Leftenan Muhammad Rawandi bin Moksin, TLDB telah berjaya menamatkan Kursus Minehunting Officer’s Course Ke-34 (MHOC) yang berlangsung di Naval Warfare School, RSS Singapura, dari 12 Jun hingga 3 Julai 2025.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGANJUR MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN HUT ABDB KE-64
MUARA, KHAMIS, 3 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menganjurkan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat TLDB bagi Tahun 1447H / 2025M sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64. Majlis yang berlangsung selama dua hari di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut dibukakan penyertaannya kepada semua warga TLDB dan disertai seramai tujuh orang peserta yang dinilai oleh empat orang jemaah hakim dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT ABDB).
UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 79 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, SELASA, 1 JULAI 2025 – Upacara menaikkan Bendera Kebangsaan bagi menandakan permulaan sambutan peringkat kebangsaan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berlangsung pagi ini di kawasan lapang berdekatan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Ibu Negara.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 1447 HIJRAH
SURAU AL-HUDA, PANGKALAN MUARA TLDB | KHAMIS, 26 JUN 2025 – Dengan penuh kesyukuran, warga Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menyambut kedatangan tahun baharu Islam 1447 Hijrah melalui Bacaan Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah dan Doa Awal Tahun 1447 Hijrah malam tadi. Sambutan ini bersempena dengan Ilal Hijrah peringkat kebangsaan yang diadakan serentak di masjid-masjid, surau dan dewan-dewan ibadah di seluruh negara. Bagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), majlis turut diraikan di semua surau ABDB termasuk di Surau Al-Huda bagi peringkat TLDB.





