NEWS HEADLINES
18 PEGAWAI TELAH MENAMATKAN KURSUS OFFICER UNDER TRAINING (OUTC) BAGI TAHUN 2025
MUARA, JUMAAT, 08 OGOS 2025 – Majlis penutup Kursus Officer Under Training (OUTC) 2025 telah berlangsung di Dewan Samudera, Pangkalan Tentera Laut Muara bagi 18 pegawai muda Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang terdiri daripada Pengambilan ke-22 dan ke-23.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH DES
MUARA, RABU, 6 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah DES yang melibatkan seramai 67 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring pada sesi pagi dan seramai 47 orang pelajar serta 3 guru pengiring untuk sesi lawatan petang.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH RENDAH TANJONG KINDANA
MUARA, SELASA, 5 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima kunjungan daripada Sekolah Rendah Tanjong Kindana yang berlangsung selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 4 Ogos bagi Kluster 1 seramai 67 orang dan pada 5 Ogos bagi Kluster 2 seramai 63 orang.
TLDB MENGUNGKAYAHKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA HUT ABDB KE-64
BANDAR SERI BEGAWAN, RABU, 6 OGOS 2025 – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 tahun, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengungkayahkan fasa pertama Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan di empat lokasi iaitu Tanah Perkuburan Serai Pimping, Tanah Perkuburan Kampong Kianggeh, Tanah Perkuburan Kampong Tamoi, dan Tanah Perkuburan Kampong Manggis. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program jangkauan masyarakat.
TLDB TELAH MENGADAKAN LARIAN HALF MARATHON DAN 10KM 2025
PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, Khamis, 31 Julai 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menganjurkan acara Half Marathon dan Larian 10km yang menyaksikan penyertaan penuh semangat daripada pegawai dan anggota dari seluruh TLDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, YM Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin. Turut hadir ialah ahli-ahli Badan Eksekutif TLDB, pegawai kanan, pegawai serta anggota TLDB.
TLDB MENGENDALIKAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HUT ABDB KE-64
MUARA, Rabu, 30 Julai 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan Kempen Derma Darah bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 tahun. Kempen ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan dan disokong oleh Imagine Sdn Bhd. Acara telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, Pangkalan TLDB, dan melibatkan penyertaan daripada warga serta kakitangan awam TLDB yang berjaya menyumbangkan sebanyak 129 pain darah kepada tabung darah negara.





