NEWS HEADLINES

ENAM PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DIKURNIAKAN SIJIL DI MAJLIS KONVOKESYEN UBD KE-37

ENAM PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DIKURNIAKAN SIJIL DI MAJLIS KONVOKESYEN UBD KE-37

​UBD, Rabu, 13 OGOS 2025 –Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) meraikan pencapaian enam pegawai dari Kursus Maktab Turus Pengambilan 14/2024 yang telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Lepasan Ijazah Pengajian Pertahanan dan Keselamatan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kelas 2025. Majlis konvokesyen tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pro-Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), yang berkenan mengurniakan sijil kepada para graduan.

read more
PEMERINTAH TLDB DINAIKKAN PANGKAT KE LAKSAMANA PERTAMA

PEMERINTAH TLDB DINAIKKAN PANGKAT KE LAKSAMANA PERTAMA

​BOLKIAH GARISON, JUMAAT, 8 OGOS 2025 – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dari Kepten, TLDB ke Laksamana Pertama. 

read more
12 PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DINAIKKAN PANGKAT

12 PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DINAIKKAN PANGKAT

BERAKAS GARISON, JUMAAT, 8 OGOS 2025 - Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 108 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dinaikkan pangkat pada hari ini, termasuk 12 pegawai daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di mana 6 pegawai dinaikkan pangkat ke Leftenan Komander, TLDB dan 6 pegawai lagi ke pangkat Leftenan, TLDB.

read more