NEWS HEADLINES

PROGRAM MARHABAN DI SURAU MAKTAB TEKNIKAL SULTAN SAIFUL RIJAL (MTSSR) 1447H/2025M

PROGRAM MARHABAN DI SURAU MAKTAB TEKNIKAL SULTAN SAIFUL RIJAL (MTSSR) 1447H/2025M

JALAN MUARA, RABU 27 OGOS 2025 - Takmir Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) turut mengunjungi Surau Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Teknikal Sultan Saiful Rijal untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda syukur dan kasih sayang kepada baginda, serta memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

read more
PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI TURUT MENGHADIRI ASEAN NAVY CHIEFS’ MEETING KE–19 (19th ANCM) 2025

PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI TURUT MENGHADIRI ASEAN NAVY CHIEFS’ MEETING KE–19 (19th ANCM) 2025

PULAU PINANG, MALAYSIA, Jumaat, 23 August 2025 – Mesyuarat ASEAN Navy Chiefs’ Meeting (ANCM) ke-19, yang berlangsung dari 18 hingga 22 Ogos 2025 di Pulau Pinang, Malaysia, telah dihoskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dihadiri oleh para Panglima Tentera Taut dan wakil-wakil dari semua negara anggota ASEAN serta Timor Leste. Selaras dengan ANCM ke-19, TLDM turut menganjurkan Latihan ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX), Acara Kawalan Angkatan Laut ASEAN (AFR), Naval Engineering Conference dan ASEAN Navies City Parade.

read more
BAKTI MERAIKAN KELAHIRAN ANAK PERTAMA AHLI

BAKTI MERAIKAN KELAHIRAN ANAK PERTAMA AHLI

​BRUNEI-MUARA, Ahad, 17 Ogos 2025 - Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Laut Diraja Brunei (BAKTI) telah mengadakan kunjungan ke atas dua orang ahli yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menzahirkan penghargaan dalam kalangan warga Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Suryanti binti Haji Mohd Noor, isteri kepada Timbalan Pemerintah TLDB, bersama ahli-ahli BAKTI yang lain.

read more
TLDB SERTAI PROGRAM PELAYARAN ASEAN PLUS CADET SAIL 2025 (APCS2025) ANJURAN TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN LAUT (TNI-AL)

TLDB SERTAI PROGRAM PELAYARAN ASEAN PLUS CADET SAIL 2025 (APCS2025) ANJURAN TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN LAUT (TNI-AL)

​JAKARTA, Indonesia — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) berbesar hati menyertai ASEAN Plus Cadet Sail 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 17 Ogos 2025. Kapal layar latihan milik Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL), KRI BIMASUCI, telah memulakan pelayaran selama dua minggu dari Jakarta ke Padang, Indonesia dan berakhir di Pulau Pinang, Malaysia, membawa semangat kerjasama serantau dengan slogan “Friendship Over The Ocean”.

read more