NEWS HEADLINES
PROGRAM MARHABAN DI SURAU MAKTAB TEKNIKAL SULTAN SAIFUL RIJAL (MTSSR) 1447H/2025M
JALAN MUARA, RABU 27 OGOS 2025 - Takmir Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) turut mengunjungi Surau Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Teknikal Sultan Saiful Rijal untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda syukur dan kasih sayang kepada baginda, serta memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI TURUT MENGHADIRI ASEAN NAVY CHIEFS’ MEETING KE–19 (19th ANCM) 2025
PULAU PINANG, MALAYSIA, Jumaat, 23 August 2025 – Mesyuarat ASEAN Navy Chiefs’ Meeting (ANCM) ke-19, yang berlangsung dari 18 hingga 22 Ogos 2025 di Pulau Pinang, Malaysia, telah dihoskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dihadiri oleh para Panglima Tentera Taut dan wakil-wakil dari semua negara anggota ASEAN serta Timor Leste. Selaras dengan ANCM ke-19, TLDM turut menganjurkan Latihan ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX), Acara Kawalan Angkatan Laut ASEAN (AFR), Naval Engineering Conference dan ASEAN Navies City Parade.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN MALAM ZIKIR MAULUD SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. 1447H/2025M
MUARA, Ahad, 24 Ogos 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Malam Zikir Maulud sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1447H/2025M bertempat di Surau Al-Huda, TLDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei.
TLDB MENGADAKAN LAWATAN KE PENJARA MARABURONG, JABATAN PENJARA
MARABURONG, RABU, 20 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan lawatan yang penuh berinformasi dan membuka minda ke Penjara Maraburong, Jabatan Penjara.
BAKTI MERAIKAN KELAHIRAN ANAK PERTAMA AHLI
BRUNEI-MUARA, Ahad, 17 Ogos 2025 - Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Laut Diraja Brunei (BAKTI) telah mengadakan kunjungan ke atas dua orang ahli yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menzahirkan penghargaan dalam kalangan warga Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Suryanti binti Haji Mohd Noor, isteri kepada Timbalan Pemerintah TLDB, bersama ahli-ahli BAKTI yang lain.
TLDB SERTAI PROGRAM PELAYARAN ASEAN PLUS CADET SAIL 2025 (APCS2025) ANJURAN TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN LAUT (TNI-AL)
JAKARTA, Indonesia — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) berbesar hati menyertai ASEAN Plus Cadet Sail 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 17 Ogos 2025. Kapal layar latihan milik Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL), KRI BIMASUCI, telah memulakan pelayaran selama dua minggu dari Jakarta ke Padang, Indonesia dan berakhir di Pulau Pinang, Malaysia, membawa semangat kerjasama serantau dengan slogan “Friendship Over The Ocean”.





