NEWS HEADLINES
PEGAWAI TLDB TINGKATKAN KEPAKARAN UNDANG-UNDANG MARITIM DI LATIHAN ANCORS KALI KELIMA
MUARA, BRUNEI DARUSSALAM, 4 SEPTEMBER 2025 – Pegawai-pegawai daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menyertai Latihan Undang-Undang Laut ANCORS Kali Kelima yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Brunei Darussalam dari 1 hingga 4 September 2025.
CERAMAH MOTIVASI SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, MUARA – Sambutan Jubli Intan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) minggu ini telah diteruskan dengan penganjuran Ceramah Motivasi bertajuk “Menghargai Legasi, Berbakti Dengan Jasa, Memperkasa Wira, Bersedia Mendepani Era Baharu.” Majlis tersebut dilaksanakan secara berperingkat mengikut peringkat yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan TLDB.
GEMA MARHABAN DI SURAU AR-RAHMAH, BATALION KE-3, PERKHEMAHAN LUMUT DAN SURAU AL-FA’IZUN, BATALION KE-1, BERAKAS GARISON
LUMUT & BERAKAS, 1 dan 3 SEPTEMBER 2025 – Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah mengunjungi Surau Ar-Rahmah, Batalion Ke-3 di Perkhemahan Lumut pada 1 September, dan Surau Al-Fa’izun, Batalion Ke-1 di Berakas Garison pada 3 September 2025. Kunjungan ini bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kepada Baginda serta memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS GEMA MARHABAN SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM 1447H/2025M
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, KHAMIS, 4 SEPTEMBER 2025 – Majlis Gema Marhaban sempena memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bagi peringkat Kementerian Pertahanan telah diadakan di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara pada malam ini, bersempena malam ke-12 Dikir Maulud yang jatuh pada 12 Rabiulawal.
KDB DARULAMAN KEMBALI KE PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA SELEPAS MENYERTAI AFR 2025, AMNEX 3/2025 DI MALAYSIA, DAN LAWATAN DIPLOMASI PERTAHANAN KE VIETNAM
MUARA, ISNIN, 01 SEPTEMBER 2025 – KDB DARULAMAN telah berjaya menamatkan pelayaran selama 22 hari yang merangkumi penyertaan dalam ASEAN Fleet Review 2025 (AFR 25) dan ASEAN Multilateral Naval Exercise ke-3 (AMNEX 3/25) di Pulau Pinang, Malaysia, diikuti dengan Lawatan Diplomasi Pertahanan ke Cam Ranh, Republik Sosialis Vietnam, sebelum selamat kembali ke Pangkalan Tentera Laut Muara pada 01 September 2025.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA PERKUKUH HUBUNGAN MELALUI PROGRAM PERTUKARAN PEGAWAI WARAN KANAN
SINGAPURA, ISNIN–JUMAAT, 25–29 OGOS 2025 – Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) telah mengendalikan Program Senior Warrant Exchange Programme (SWEP) yang diadakan setiap tahun bersama Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). SWEP 2025 berlangsung selama lima (5) hari, bermula 25 Ogos hingga 29 Ogos 2025.





