NEWS HEADLINES
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MEMBUAT LAWATAN KE TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
MUARA, SELASA, 12 OGOS 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada peserta program yang dikendalikan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang merangkumi 90 pelajar sekolah dan 30 orang pengawas.
KDB DARULAMAN MEMULAI PELAYARAN JARAK JAUH UNTUK LATIHAN ASEAN MULTILATERAL NAVAL EXERCISE (AMNEX 3/2025) KE-3
MUARA, ISNIN, 11 OGOS 2025 - KDB DARULAMAN telah memulakan pelaran untuk menyertai Latihan ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX 3/2025) yang ke-3 selama 23 hari yang turut merangkumi ASEAN Fleet Review (AFR), yang akan berlangsung di Pulau Pinang, Malaysia dan seterusnya akan meneruskan pelayaran ke Cam Ranh, Vietnam, bagi lawatan diplomasi pertahanan.
PEMERINTAH TLDB DINAIKKAN PANGKAT KE LAKSAMANA PERTAMA
BOLKIAH GARISON, JUMAAT, 8 OGOS 2025 – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dari Kepten, TLDB ke Laksamana Pertama.
12 PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DINAIKKAN PANGKAT
BERAKAS GARISON, JUMAAT, 8 OGOS 2025 - Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 108 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dinaikkan pangkat pada hari ini, termasuk 12 pegawai daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di mana 6 pegawai dinaikkan pangkat ke Leftenan Komander, TLDB dan 6 pegawai lagi ke pangkat Leftenan, TLDB.
18 PEGAWAI TELAH MENAMATKAN KURSUS OFFICER UNDER TRAINING (OUTC) BAGI TAHUN 2025
MUARA, JUMAAT, 08 OGOS 2025 – Majlis penutup Kursus Officer Under Training (OUTC) 2025 telah berlangsung di Dewan Samudera, Pangkalan Tentera Laut Muara bagi 18 pegawai muda Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang terdiri daripada Pengambilan ke-22 dan ke-23.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH DES
MUARA, RABU, 6 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah DES yang melibatkan seramai 67 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring pada sesi pagi dan seramai 47 orang pelajar serta 3 guru pengiring untuk sesi lawatan petang.





