NEWS HEADLINES
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN MALAM ZIKIR MAULUD SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. 1447H/2025M
MUARA, Ahad, 24 Ogos 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Malam Zikir Maulud sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1447H/2025M bertempat di Surau Al-Huda, TLDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei.
TLDB MENGADAKAN LAWATAN KE PENJARA MARABURONG, JABATAN PENJARA
MARABURONG, RABU, 20 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan lawatan yang penuh berinformasi dan membuka minda ke Penjara Maraburong, Jabatan Penjara.
BAKTI MERAIKAN KELAHIRAN ANAK PERTAMA AHLI
BRUNEI-MUARA, Ahad, 17 Ogos 2025 - Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Laut Diraja Brunei (BAKTI) telah mengadakan kunjungan ke atas dua orang ahli yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menzahirkan penghargaan dalam kalangan warga Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Suryanti binti Haji Mohd Noor, isteri kepada Timbalan Pemerintah TLDB, bersama ahli-ahli BAKTI yang lain.
TLDB SERTAI PROGRAM PELAYARAN ASEAN PLUS CADET SAIL 2025 (APCS2025) ANJURAN TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN LAUT (TNI-AL)
JAKARTA, Indonesia — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) berbesar hati menyertai ASEAN Plus Cadet Sail 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 17 Ogos 2025. Kapal layar latihan milik Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL), KRI BIMASUCI, telah memulakan pelayaran selama dua minggu dari Jakarta ke Padang, Indonesia dan berakhir di Pulau Pinang, Malaysia, membawa semangat kerjasama serantau dengan slogan “Friendship Over The Ocean”.
TLDB MELAKSANAKAN KEMPEN KEBERSIHAN MASJID SEMPENA ULANG TAHUN JUBLI INTAN TLDB
SERASA, KHAMIS, 14 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan kempen kebersihan di Masjid Kampong Perpindahan Serasa sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan TLDB.
ENAM PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DIKURNIAKAN SIJIL DI MAJLIS KONVOKESYEN UBD KE-37
UBD, Rabu, 13 OGOS 2025 –Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) meraikan pencapaian enam pegawai dari Kursus Maktab Turus Pengambilan 14/2024 yang telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Lepasan Ijazah Pengajian Pertahanan dan Keselamatan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kelas 2025. Majlis konvokesyen tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pro-Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), yang berkenan mengurniakan sijil kepada para graduan.





