NEWS HEADLINES
MARKAS TLDB MENGENDALIKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID BAGI SEMPENA JUBLI INTAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 1447H/2025M
MUARA, KHAMIS, 11 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan Kempen Membersihkan Masjid sempena Sambutan Jubli Intan TLDB bertempat di Masjid Setia Ali, Kampung Muara. Inisiatif ini menjadi sebahagian daripada aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan TLDB bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan TLDB.
Pancaragam TLDB Meriahkan Pentas Perayaan Bandar Seri Begawan
BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 13 SEPTEMBER 2025 – Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah membuat persembahan istimewa di Pentas Perayaan Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM
MUARA, Rabu, 10 September 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang melibatkan seramai 150 orang termasuk pelajar, pengawas dan ibu bapa.
KRI SEMARANG AND KRI BIMA SUCI MEMBUAT KUNJUNGAN MUHIBBAH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
MUARA, JUMAAT, 05 SEPTEMBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menerima ketibaan kapal Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) KRI SEMARANG dan KRI BIMA SUCI dalam satu kunjungan muhibah ke Negara Brunei Darussalam bermula pada Jumaat, 05 September 2025 sehingga Selasa, 09 September 2025.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN SEMBAHYANG SUNAT GERHANA BULAN DI SURAU AL-HUDA
SURAU AL-HUDA, ISNIN, 08 SEPTEMBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan di Surau Al-Huda pada 08 September 2025, jam 0212H, waktu berlakunya Gerhana Bulan Penuh.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI (TLDB) MENYERTAI PERARAKAN KEBANGSAAN SEMPENA MAULUD NABI 1447H
BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 06 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai perhimpunan dan perarakan Maulud Nabi peringkat kebangsaan bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.





