NEWS HEADLINES
EMPAT ANGGOTA TLDB TAMAT KURSUS KOMPENI/SKUADRON SARJAN MEJAR SESI 2025
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penutup Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar sesi 2025 telah berlangsung di Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB), Penanjong Garison. Kursus ini telah dijalankan bermula dari 21 Julai 2025 hingga 19 September 2025 yang melibatkan seramai 37 peserta dari pelbagai unit dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk 4 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE‑79 TAHUN
MUARA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 bagi bertempat di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB Muara.
KURSUS KEPIMPINAN PTB KANAN SESI 2025 MENGANJURKAN MAJLIS ILMU DAN LEADERSHIP TALK
MUARA, KHAMIS–JUMAAT, 11–12 SEPTEMBER 2025 – Seramai 29 peserta Kursus Kepimpinan PTB Kanan Sesi 2025 telah menganjurkan dua acara utama iaitu Majlis Ilmu dan Leadership Talk yang dilaksanakan di Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Kedua-dua acara ini merupakan sebahagian daripada modul pembangunan kepimpinan yang dikendalikan sepenuhnya oleh ahli kursus, dengan turut dihadiri oleh Sarjan Mejar Rejimen Pangkalan, Pegawai Waran Penguasa Cawangan dan Pengurusan, President dan Deputy Mes Committee serta jurulatih-jurulatih kepimpinan.
PENYAMPAIAN LENCANA, TALI PINGANG SAM BROWNE DAN TONGKAT BAGI SARJAN MEJAR REJIMEN LATIHAN LAUT
MUARA, JUMAAT, 12 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penyampaian Lencana, Tali Pingang Sam Browne dan Tongkat bagi Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Latihan Laut telah diadakan di Bilik Pahlawan, Markas Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Pemerintah TLDB, Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, kepada PW1 Fauzillahrahime bin Haji Awang Damit, TLDB, sempena kenaikan beliau sebagai Sarjan Mejar Rejimen Latihan Laut.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH KDB DARUSSALAM
MEMPERKUKUH HUBUNGAN DI LAUT: TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN ANGKATAN PERTAHANAN AUSTRALIA MELAKSANAKAN LATIHAN BERSAMA
PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, ISNIN, 15 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) telah memulakan Latihan PENGUIN Siri ke-19, iaitu latihan dua hala di antara kedua-dua negara.





