NEWS HEADLINES
KURSUS KEPIMPINAN PTB KANAN SESI 2025 MENGANJURKAN MAJLIS ILMU DAN LEADERSHIP TALK
MUARA, KHAMIS–JUMAAT, 11–12 SEPTEMBER 2025 – Seramai 29 peserta Kursus Kepimpinan PTB Kanan Sesi 2025 telah menganjurkan dua acara utama iaitu Majlis Ilmu dan Leadership Talk yang dilaksanakan di Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Kedua-dua acara ini merupakan sebahagian daripada modul pembangunan kepimpinan yang dikendalikan sepenuhnya oleh ahli kursus, dengan turut dihadiri oleh Sarjan Mejar Rejimen Pangkalan, Pegawai Waran Penguasa Cawangan dan Pengurusan, President dan Deputy Mes Committee serta jurulatih-jurulatih kepimpinan.
PENYAMPAIAN LENCANA, TALI PINGANG SAM BROWNE DAN TONGKAT BAGI SARJAN MEJAR REJIMEN LATIHAN LAUT
MUARA, JUMAAT, 12 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penyampaian Lencana, Tali Pingang Sam Browne dan Tongkat bagi Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Latihan Laut telah diadakan di Bilik Pahlawan, Markas Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Pemerintah TLDB, Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, kepada PW1 Fauzillahrahime bin Haji Awang Damit, TLDB, sempena kenaikan beliau sebagai Sarjan Mejar Rejimen Latihan Laut.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH KDB DARUSSALAM
MEMPERKUKUH HUBUNGAN DI LAUT: TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN ANGKATAN PERTAHANAN AUSTRALIA MELAKSANAKAN LATIHAN BERSAMA
PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, ISNIN, 15 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) telah memulakan Latihan PENGUIN Siri ke-19, iaitu latihan dua hala di antara kedua-dua negara.
MARKAS TLDB MENGENDALIKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID BAGI SEMPENA JUBLI INTAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 1447H/2025M
MUARA, KHAMIS, 11 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan Kempen Membersihkan Masjid sempena Sambutan Jubli Intan TLDB bertempat di Masjid Setia Ali, Kampung Muara. Inisiatif ini menjadi sebahagian daripada aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan TLDB bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan TLDB.
Pancaragam TLDB Meriahkan Pentas Perayaan Bandar Seri Begawan
BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 13 SEPTEMBER 2025 – Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah membuat persembahan istimewa di Pentas Perayaan Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.





