NEWS HEADLINES

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI SERTAI 13TH WESTERN PACIFIC NAVAL SYMPOSIUM SHORT TERM EXCHANGE PROGRAM (WPNS STEP)

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI SERTAI 13TH WESTERN PACIFIC NAVAL SYMPOSIUM SHORT TERM EXCHANGE PROGRAM (WPNS STEP)

TOKYO, JEPUN – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dengan bangganya telah menyertai 13th Western Pacific Naval Symposium Short Term Exchange Program (WPNS STEP) yang berlangsung di Tokyo, Jepun, dari 29 September hingga 7 Oktober 2025. Program ini menghimpunkan 30 angkatan laut dari seluruh rantau bagi memperkukuhkan usaha bersama ke arah memupuk persefahaman, kerjasama dan dialog dalam keselamatan maritim serantau.​

read more
JABATAN PANGKALAN TLDB MENGADAKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA JUBLI INTAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 1447H/2025M

JABATAN PANGKALAN TLDB MENGADAKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA JUBLI INTAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 1447H/2025M

MUARA, SELASA, 7 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) sekali lagi mengadakan Kempen Membersihkan Masjid sempena Sambutan Jubli Intan TLDB, bertempat di Masjid Kampung Sungai Buloh, Brunei Muara. Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada acara – acara aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan TLDB sebelum ini bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhannya.

read more
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI BRUNEI DARUSSALAM MARITIME WEEK 2025 (BDMW 2025)

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI BRUNEI DARUSSALAM MARITIME WEEK 2025 (BDMW 2025)

​BRIDEX, JUMA’AT, 03 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Brunei Darussalam Maritime Week 2025 (BDMW 2025) yang berlangsung selama empat hari di Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX. Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Autoriti Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan, pihak industri, akademia serta organisasi antarabangsa.

read more
KDB DARUTTAQWA SAMBUT ULANG TAHUN KE-11

KDB DARUTTAQWA SAMBUT ULANG TAHUN KE-11

​MUARA, RABU, 01 OKTOBER 2025 – KDB DARUTTAQWA telah menyambut ulang tahun yang ke-11 dengan acara petang khas yang dihadiri oleh pegawai, anggota, serta mantan Pegawai Pemerintah kapal tersebut. Sambutan dimulakan dengan Solat Sunat Hajat dan Solat Asar di Surau Al-Huda TLDB, diikuti dengan bacaan doa memohon keberkatan dan perlindungan. Majlis kemudiannya diteruskan di Mes PTB Kanan TLDB, di mana warga kapal bersama mantan Pegawai Pemerintah kapal berkumpul dalam suasana mesra.​

read more