NEWS HEADLINES
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN INTERAKSI BERSAMA TENTERA LAUT REPUBLIK KOREA
MUARA, SELASA, 23 SEPTEMBER 2025 – Kapal Tentera Laut Republik Korea (TLRK), ROKS MUNMU THE GREAT, telah membuat perhentian logistik ke Negara Brunei Darussalam dari 21 hingga 23 September 2025. Mengambil kesempatan ini, beberapa interaksi telah dilaksanakan bagi memperkukuh lagi hubungan antara kedua-dua tentera laut.
PENYERTAAN PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DALAM THE ASEAN DEFENCE MINISTERS’ MEETING – PLUS EXPERTS’ WORKING GROUP ON PEACEKEEPING OPERATIONS
KUNSHAN, WILAYAH JIANGSU, REPUBLIK RAKYAT CHINA - The ASEAN Defence Ministers’ Meeting – Plus Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations telah berjaya dianjurkan oleh Peacekeeping Affairs Center (PKAC), Ministry of National Defense of the People’s Republic of China. Kursus ini telah dilaksanakan selama dua minggu, bermula pada 8 September hingga 19 September 2025, dan berlangsung di Training Base of the College of International Studies, National University of Defense Technology.
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KURSUS PTB KANAN SESI 2025
SERASA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan Sesi 2025 telah berlangsung di Kompleks Sukan Air, Serasa dengan penyertaan seramai 29 orang peserta yang berjaya menamatkan kursus selama enam minggu.
34 ANGGOTA TLDB MENAMATKAN KURSUS LANJUTAN DAN PERTENGAHAN PERTAHANAN PANGKALAN SESI 2025
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2025 – Seramai 12 anggota berpangkat Laskar Kanan dan 22 anggota berpangkat Laskar Muda daripada Tentera Laut Diraja Brunei telah menamatkan Kursus Lanjutan Pertahanan Pangkalan dan Kursus Pertengahan Pertahanan Pangkalan Sesi 2025 yang berlangsung selama 7 minggu. Majlis penutup yang berlangsung di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison telah diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Leftenan Komander Dk Lyadia Ulandari binti Pg Hj Muhammad, TLDB.
EMPAT ANGGOTA TLDB TAMAT KURSUS KOMPENI/SKUADRON SARJAN MEJAR SESI 2025
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penutup Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar sesi 2025 telah berlangsung di Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB), Penanjong Garison. Kursus ini telah dijalankan bermula dari 21 Julai 2025 hingga 19 September 2025 yang melibatkan seramai 37 peserta dari pelbagai unit dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk 4 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE‑79 TAHUN
MUARA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 bagi bertempat di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB Muara.





