NEWS HEADLINES
JABATAN PANGKALAN TLDB MENGADAKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA JUBLI INTAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 1447H/2025M
MUARA, SELASA, 7 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) sekali lagi mengadakan Kempen Membersihkan Masjid sempena Sambutan Jubli Intan TLDB, bertempat di Masjid Kampung Sungai Buloh, Brunei Muara. Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada acara – acara aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan TLDB sebelum ini bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhannya.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI BRUNEI DARUSSALAM MARITIME WEEK 2025 (BDMW 2025)
BRIDEX, JUMA’AT, 03 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Brunei Darussalam Maritime Week 2025 (BDMW 2025) yang berlangsung selama empat hari di Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX. Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Autoriti Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan, pihak industri, akademia serta organisasi antarabangsa.
KDB DARUTTAQWA SAMBUT ULANG TAHUN KE-11
MUARA, RABU, 01 OKTOBER 2025 – KDB DARUTTAQWA telah menyambut ulang tahun yang ke-11 dengan acara petang khas yang dihadiri oleh pegawai, anggota, serta mantan Pegawai Pemerintah kapal tersebut. Sambutan dimulakan dengan Solat Sunat Hajat dan Solat Asar di Surau Al-Huda TLDB, diikuti dengan bacaan doa memohon keberkatan dan perlindungan. Majlis kemudiannya diteruskan di Mes PTB Kanan TLDB, di mana warga kapal bersama mantan Pegawai Pemerintah kapal berkumpul dalam suasana mesra.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN PROGRAM KULIAH SUBUH
SURAU AL-HUDA, JUMAAT, 3 OKTOBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Kuliah Subuh dan Halaqah Jumaat pagi ini.
SKUADRON PERTAHANAN PANGKALAN TLDB MENYAMBUT ULANG TAHUN PENUBUHAN KE-10 TAHUN
MUARA, ISNIN, 29 SEPTEMBER 2025 – Skuadron Pertahanan Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan perbarisan di Padang Kawad Pangkalan TLDB sebagai acara kemuncak sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhannya ke-10.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI EKSESAIS SEACAT 2025
MUARA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Eksesais Souteast Asia Cooperation and Training 2025 (EKS SEACAT 2025) yang telah berlangsung dari 08 hingga 19 September 2025. Latihan ini melibatkan penyertaan daripada Pusat Gerakan Laut TLDB (PGL TLDB) serta aset-aset TLDB iaitu KDB DARUSSALAM (PV-80) dan KDB AL-FARUQ (PV-60) yang di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Negara Brunei Darussalam (ZEE NBD).





