Muara, Rabu 30 Nov 2016 – Majlis Penutup Kursus Pertengahan Kejuruteraan Marin dan Persenjataan Sesi 2015/2016 dan Kursus Asas Kejuruteraan Marin dan Persenjataan Sesi 2016 telah diadakan di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut, TLDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Komander Ali Mustafa Bin Hj Umar, Timbalan Pegawai Pemerintah Latihan, Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei. Jumlah peserta kursus yang menamatkan kursus adalah seramai 45 orang iaitu seramai 16 anggota dari Kursus Pertengahan Kejuruteraan Persenjataan, 12 anggota dari Kursus Pertengahan Kejuruteraan Marin, 9 anggota dari Kursus Asas Kejuruteraan Persenjataan dan 8 anggota dari Kursus Asas Kejuruteraan Marin.
Kursus Pertengahan Kejuruteraan Marin dan Persenjataan Sesi 2015/2016 bermula pada 27 Julai 2015 sehingga 30 November 2016. Manakala Kursus Asas Kejuruteraan Marin dan Persenjataan Sesi 2016 bermula pada 4 April 2016 sehingga 30 November 2016. Kursus ini merupakan kursus wajib atau mandatory bagi anggota yang mengikuti vokasyen teknikal yang berpangkat Laskar Muda dan berpangkat Laskar dalam mendokong kriteria sebelum disokong bagi kenaikan pangkat dan pertukaran vokasyen. Penerima penuntut terbaik bagi Kursus Pertengahan Kejuruteraan Persenjataan Sesi 2015/2016 ialah 50003 Laskar Hj Muhammad Hanis bin Hj Pawi dan penuntut terbaik bagi Kursus Pertengahan Kejuruteraan Marin Sesi 2015/2016 ialah 19575 Laskar Muda Muhammad Razalee bin Roslee. Sementara itu, penerima penuntut terbaik bagi Kursus Asas Kejuruteraan Persenjataan Sesi 2016 ialah 51093 Laskar Ruzaiman@Emran bin Jufri dan penuntut terbaik bagi Kursus Asas Kejuruteraan Marin Sesi 2016 ialah 50950 Laskar Sheronney Bin Gorge Michel.
Sehubungan dengan tamatnya kursus ini, Tetamu Kehormat Majlis telah mengingatkan para peserta kursus untuk menyelesaikan taskbook masing-masing yang mana telahpun diserahkan oleh pihak Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei dan ia perlu dilengkapkan dalam tempoh yang diberikan. Selain daripada itu juga, beliau turut menyampaikan bahawa ia adalah bertujuan untuk membolehkan para perserta mempraktikan, mengaplikasikan serta memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang telah dipelajari semasa menjalani kursus dan seterusnya di bidang pekerjaan yang sebenar. Tetamu Kehormat Majlis juga turut menyampaikan kepada semua perserta kursus adalah untuk tidak mensia-siakan semua ilmu yang telah dipelajari apatah lagi mengabaikan tanggungjawab yang akan diberikan apabila bertugas nanti.




