MUARA, Isnin, 01 Ogos 2016 – Pusat Latihan Tentera Laut Tentera Laut Diraja Brunei (PLTL TLDB) telah pun mengadakan Majlis Pembukaan Awal Bangunan Baru (Soft Opening).

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi Bin Pg Haji Muhammad, Pemerintah TLDB. Turut hadir sama bagi majlis tersebut adalah, Timbalan Pemerintah TLDB, pegawai-pegawai kanan dan ketua-ketua jabatan.

Sejurus ketibaan tetamu kehormat, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Guru Ugama TLDB, Ustaz Rafiuddin Bin Haji Mohd Ali.

Seterusnya, Majlis pemotongan ‘ribbon’ dan diteruskan dengan laungan selawat sebanyak 3 kali. Bagi memberkati lagi majlis, bacaan Doa Selamat yang telah dibacakan oleh Guru Ugama TLDB.

Tetamu kehormat dijunjung diperkenalkan kepada jurulatih-jurulatih, kakitangan dan penuntut PLTL dan juga jurulatih dari Royal Brunei Technical Services (RBTS).

Sebelum meninggalkan majlis tersebut, Tetamu Kehormat telah berkesudian bagi menandatangani lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai.