Muara, Jumaat, 5hb September 2014 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), ABDB sukacita mengumumkan bahawa 17959 Pegawai Kadet (L) Awangku Abdul Rauf Bahar Bin Pengiran  Haji Yusof telah diperkenankan untuk ditauliahkan dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Leftenan.
 
Majlis kenaikan pangkat berlangsung pada waktu petang di Mes Pegawai, Tentera Laut. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah Tentera Laut ABDB, Yang Mulia Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.Acara dimulai dengan ketibaan tetamu kehormat majlis dan di iringi dengan bacaan doa dari yang dimuliakan 807 LT Pg Muhd Khairuddin bin Pg Hj Mohd Tali, Pegawai Operasi Jabatan Agama ABDB.
Pegawai menerima pangkat di tauliahkan ke pangkat leftenan tetap mulai 23 Mei 2014. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan dan pegawai-pegawai Tentera Laut ABDB dan juga keluarga pegawai menerima pangkat Acara di akhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi jamuan.Lt (L) Awangku Abdul Rauf menamatkan pengajian beliau selama 4 tahun di United States Naval Academy, Annapolis, Amerika Syarikat pada 23 Mei 2014 dimana beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.