Lumut, 2 Jun 16 – Lawatan rasmi Yang Mulia Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad Pemerintah Tentera Laut Brunei di sekitar Pangkalan Lumut telah bermula seawal jam 1016 pagi. Lawatan dimulakan dengan kunjungan Hormat ke atas YBhg Laksamana Madya Dato Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli Panglima Armada.
Turut mengiringi lawatan adalah YBhg Laksamana Madya Dato Abdul Ghani Othman Panglima Bantuan dan Panglima-panglima formasi. Selesai Kunjungan Hormat Lawatan diteruskan ke Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan persembahan Projek Pembangunan Literal Combatant Ship (LCS) telah dipertontonkan.
Seterusnya selepas lawatan Yang Mulia telah dijemput bagi Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei yang sedang berkursus di KD SULTAN IDRIS I.
Upacara Pemakaian Pangkat di KDSI I
Kegembiraan terpancar diwajah Lt Kdr Hj Mohammad Arnold bin Hj Othman TLDB apabila Pemerintah Tentera Laut Brunei sendiri melapangkan masa bagi pemakaian pangkat tersebut. Jamuan Makan tengahari telah disediakan di JUGRA Desa Tamu TLDM dan Yang Mulia amat berpuas hati mutu masakan yang telah disajikan.
Yang Mulia berangkat pulang
Selesai jamuan makan tengahari lawatan diteruskan ke Grade One Marine Shipyard (GOMS) Kg Acheh, Sitiawan pada jam 1436 petang. Taklimat berkenaan dengan pembinaan dan perancangan kapal latihan TLDM (Gagah Samudera dan Teguh Samudera) telah dilaksananakan dan ianya merupakan rancangan jangka panjang TLDM dalam memberi latihan ketenteraan pada pegawai dan anggota di masa-masa akan datang. Selesai lawatan rasmi di GOMS,
Yang Mulia kembali ke JUGRA Desa Tamu TLDM bagi menikmati jamuan minum petang. Yang Mulia seterusnya kembali ke Markas Pemerintahan Armada bagi berangkat ke Kuala Lumpur. Majlis berakhir pada jam 1631 petang.






