BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 5 Mac 2014 – Kejohanan Renang Peringkat ABDB bagi tahun 2013 diadakan pada hari Selasa, 25 Februari 2014 di kolam renang Tentera Laut Diraja Brunei dan kejohanan Polo Air Peringkat ABDB diadakan dari hari Isnin, 3 Mac hingga hari Rabu, 5 Mac 2014 bertempat di kolam renang Tentera Udara Diraja Brunei.Sebanyak 5 pasukan bertanding iaitu Pasukan Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan, ABDB (IL ABDB) dan Rejimen Pasukan Khas (RPK).Sebanyak 11 acara renang perseorangan dan berkumpulan dipertandingkan pada tahun ini. Kejohanan Polo Air adalah menggunakan sistem “Double knock out”.
Keputusan kejohanan renang keseluruhan dimenangi oleh RPK dengan pungutan pingat sebanyak 10 emas dan 1 perak, manakala, juara kejohanan Polo Air adalah TDDB dengan menewaskan TLDB dengan jaringan 8-5 dengan tambahan masa. Perlawanan persembahan gabungan peringkat (Mejar keatas, Kapten kebawah, PTB kanan dan PTB Rendah) 4x50m juga dilaksanakan dan dimenangi oleh pasukan IL ABDB.
Hadiah kepada pemenang-pemenang perlawanan telah disampaikan oleh Tetamu kehormat upacara kejohanan Yang Mulia Laksmana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Hj Tamit, Pemerintah TLDB.


