MUARA NAVAL BASE, Tuesday, 14 July 2026 – The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, received a courtesy call from Lieutenant Colonel (Air) Philippe Quemerais, the non-resident Defence Attaché of France to Brunei Darussalam.
During the Courtesy Call, both delegations underscored the enduring and robust defence partnership between Brunei Darussalam and France. Deliberations focused on the expansion of multilateral cooperation, specifically emphasising enhanced naval engagement, the advancement of capacity-building initiatives, and the facilitation of professional training exchanges.
This engagement reinforces a mutual commitment to fortifying maritime security and fostering regional stability. Both parties expressed the collaborative efforts will serve to further consolidate the bilateral defence ties and enduring cooperation between the two nations.
KUNJUNGAN HORMAT ATASE PERTAHANAN PERANCIS KEPADA PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Selasa, 14 July 2026 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, telah menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Kolonel (Udara) Philippe Quemerais, Atase Pertahanan Perancis yang tidak menetap di Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua delegasi menekankan hubungan pertahanan yang utuh dan berkekalan antara Brunei Darussalam dan Perancis. Perbincangan tertumpu kepada perluasan kerjasama pelbagai hala, dengan penekanan khusus terhadap peningkatan penglibatan tentera laut, pemerkasaan inisiatif pembinaan kapasiti, serta pertukaran latihan profesional.
Kunjungan ini mengukuhkan komitmen bersama bagi memperkukuh keselamatan maritim dan memupuk kestabilan serantau. Kedua-dua pihak melahirkan keyakinan bahawa usaha kolaboratif ini akan terus memperkuatkan hubungan pertahanan dua hala serta kerjasama yang berpanjangan antara kedua-dua negara.


