SINGAPORE, 14 APRIL 2026 – The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, conducted an Introductory Visit to the Republic of Singapore.

During the visit, First Admiral Sahibul Bahari paid a courtesy call on the Minister for Defence of Singapore, Mr Chan Chun Sing, and the Chief of Navy of the Republic of Singapore Navy (RSN), Rear Admiral Sean Wat. The engagements provided an opportunity to reaffirm the longstanding and close defence relations between both navies, while exchanging views on regional maritime security developments and areas of mutual interest.

As part of the programme, First Admiral Sahibul Bahari also visited the Naval Diving Unit (NDU), where he was briefed on the Republic of Singapore Navy’s operational capabilities, including developments in unmanned systems, engineering support, and logistics frameworks. The visit offered valuable insights into RSN’s advancements and best practices in enhancing maritime operational readiness.

The visit underscores the strong and enduring bilateral ties between the Royal Brunei Navy and the Republic of Singapore Navy, which continue to be strengthened through regular high-level engagements, professional exchanges, and joint activities.

The year 2026 also marks the 50th anniversary of diplomatic relations between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, reflecting a deep-rooted partnership built on mutual trust, cooperation, and a shared commitment to regional peace and maritime security.  These include the upcoming 3rd Engineering and Logistics Exchange Programme (ELEP) and the longstanding bilateral Exercise PELICAN.

——–

LAWATAN PENGENALAN KE SINGAPURA OLEH PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

SINGAPURA, 14 APRIL 2026 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, telah mengadakan Lawatan Pengenalan ke Republik Singapura.

Sepanjang lawatan tersebut, Laksamana Pertama Sahibul Bahari turut mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Singapura, Tuan Chan Chun Sing, serta Pemerintah Tentera Laut Republik Singapura (RSN), Laksamana Muda Sean Wat. 

Kunjungan hormat ini memberi peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan pertahanan yang sentiasa erat antara kedua-dua tentera laut, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan maritim serantau.

Sebagai sebahagian daripada program lawatan, Laksamana Pertama Sahibul Bahari turut melawat Naval Diving Unit (NDU), di mana beliau telah diberikan taklimat mengenai keupayaan operasi Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), termasuk perkembangan dalam sistem tanpa pemandu, kejuruteraan dan logistik. Lawatan ini memberikan pendedahan berguna terhadap kemajuan serta amalan terbaik TLRS dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan operasi maritim.

Lawatan ini mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh dan berterusan antara TLDB dan TLRS, yang terus diperkukuh melalui penglibatan kepimpinan dan pertukaran profesional.

Tahun 2026 juga menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, mencerminkan kerjasama yang telah lama terjalin berasaskan kepercayaan dan persefahaman bersama terhadap keamanan serta keselamatan maritim serantau. Ini termasuk Program Pertukaran Kejuruteraan dan Logistik kali ke-3 yang akan datang serta Eksesais PELICAN, latihan dua hala yang berterusan.