JAKARTA, INDONESIA, Sunday, 30 August 2026 – Lieutenant Junior Grade Sylvester Cyrilliond bin Liming, Royal Brunei Navy (RBN), successfully completed the Pendidikan Spesialisasi Hidro-Oseanografi Kategori B, an International Hydrographic Organization-certified course conducted at the Pusat Pendidikan Hidro-Oseanografi (PUSDIKHIDROS).

The 27-week course commenced on 10 February 2026 and concluded today with an official closing ceremony and the presentation of graduation certificates. Lieutenant Junior Grade Sylvester is the second RBN officer to achieve this internationally recognised certification, marking another significant milestone in the longstanding defence relations between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia.

Designed to meet stringent international hydrographic standards, the course combined intensive academic instruction with practical application. Participants attended classroom lectures each morning before undertaking hands-on training in the afternoon, developing the technical knowledge and professional skills required to conduct hydrographic and oceanographic surveys.

The programme culminated in a demanding 30-day field survey, during which participants operated at sea and applied their training in an operational environment. The survey involved marine data collection, oceanographic observations and navigational mapping under varying maritime conditions.

The multinational course also reflected PUSDIKHIDROS’s important role as a regional centre for professional hydrographic training. Alongside participants from Indonesia and Brunei Darussalam, the cohort included officers from the Pakistan Navy, Vietnam People’s Navy and Royal Cambodian Army. Training and working together throughout the course strengthened professional relationships, mutual trust and cooperation among the participating countries.

Lieutenant Junior Grade Sylvester’s achievement extends the RBN’s hydrographic capability by expanding its pool of internationally qualified personnel. The specialist knowledge and practical experience gained will strengthen the RBN’s capacity to conduct hydrographic surveys and navigational mapping, support safer navigation for the fleet and ensure the continued development of this critical maritime capability within the service.


MENCARTA KEJAYAAN BAHARU: PEGAWAI KEDUA TLDB BERJAYA MENAMATKAN KURSUS IHO KATEGORI ‘B’

JAKARTA, INDONESIA, Ahad, 30 Ogos 2026 – Leftenan Madya Sylvester Cyrilliond bin Liming daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menamatkan Pendidikan Spesialisasi Hidro-Oseanografi Kategori B, sebuah kursus yang diperakui oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) di Pusat Pendidikan Hidro-Oseanografi (PUSDIKHIDROS).

Kursus selama 27 minggu itu bermula pada 10 Februari 2026 dan berakhir baru-baru ini dengan majlis penutup rasmi serta penyampaian sijil tamat kursus. Leftenan Madya Sylvester merupakan pegawai TLDB kedua yang berjaya memperoleh pensijilan antarabangsa tersebut, mencatat satu lagi pencapaian penting dalam hubungan pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Indonesia.

Kursus tersebut dirangka bagi memenuhi piawaian hidrografi antarabangsa dengan menggabungkan pembelajaran akademik secara intensif dan latihan praktikal. Para peserta mengikuti kuliah di dalam kelas sebelum menjalani latihan amali bagi membangunkan pengetahuan teknikal serta kemahiran profesional dalam melaksanakan ukur hidrografi dan oseanografi.

Fasa akhir kursus melibatkan kerja ukur selama 30 hari yang mencabar. Sepanjang fasa tersebut, para peserta menjalankan latihan di laut dan mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam operasi. Latihan berkenaan merangkumi pengumpulan data marin, oseanografi dan pemetaan navigasi dalam keadaan maritim yang sentiasa berubah.

Penyertaan pelbagai negara dalam kursus itu turut mencerminkan peranan penting PUSDIKHIDROS sebagai pusat latihan hidrografi profesional yang dipercayai di rantau ini. Selain peserta dari Indonesia dan Negara Brunei Darussalam, kursus tersebut turut disertai oleh pegawai daripada Tentera Laut Pakistan, Tentera Laut Rakyat Vietnam dan Tentera Darat Diraja Kemboja. Latihan dan kehidupan bersama sepanjang kursus telah mengukuhkan hubungan profesional, kepercayaan bersama serta kerjasama antara negara-negara yang mengambil bahagian.

Pencapaian Leftenan Madya Sylvester memperluas keupayaan hidrografi TLDB dengan menambah bilangan pegawai yang memiliki kelayakan bertaraf antarabangsa. Pengetahuan khusus dan pengalaman praktikal yang diperoleh akan memperkukuh keupayaan TLDB untuk melaksanakan ukur hidrografi dan pemetaan navigasi, meningkatkan keselamatan serta memastikan keupayaan maritim yang kritikal ini terus membagun dalam TLDB.