Bandar Seri Begawan, 7 August 2026 — The Royal Brunei Navy (RBN) successfully concluded the Basic Naval Diving Course 2026 (Intake 23), conducted from 29 June to 7 August 2026, with all 15 participants successfully completing the course.

The Closing Ceremony was attended by the Fleet Commander, Royal Brunei Navy, Captain Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, who officiated the ceremony and presented certificates and diving badges to the successful graduates. Also present were Senior Officers, Officers and RBN Personnel.

The six-week course commenced with diving theory, physical conditioning and pool competency training, progressively developing the participants’ diving knowledge, skills, physical fitness and mental resilience.

The course subsequently progressed into the Pool Phase and Sea Phase, where participants were exposed to realistic maritime diving scenarios, including underwater search, compass navigation, emergency drills, lifting-bag operations and ship-bottom inspection. These exercises were conducted in challenging seawater conditions characterised by limited visibility and strong currents.

The final phase culminated in Operational Week, also known as Hell Week—a demanding four-day, three-night period with minimal rest. It comprised continuous physical training, endurance and survival challenges, Ikhtiar Hidup, and the team-based Wira Laut Challenge. This phase tested the participants’ physical endurance, mental resilience, discipline, teamwork and determination under sustained fatigue and pressure.

The successful completion of the course marks an important milestone in developing the RBN’s operational naval diving capability, producing divers equipped with the knowledge, skills and resilience required to support its maritime operations.

Congratulations to all 15 graduates of the Basic Naval Diving Course 2026 (Intake 23)!
Diver! Huyaa!

MEMBANGUN KEUPAYAAN DI BAWAH GELOMBANG: TLDB MELAHIRKAN 15 PENYELAM TENTERA LAUT BAHARU

Bandar Seri Begawan, 7 Ogos 2026 — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menamatkan Kursus Asas Menyelam Tentera Laut 2026 (Pengambilan Ke-23), yang dilaksanakan dari 29 Jun hingga 7 Ogos 2026, dengan kesemua 15 peserta berjaya menamatkan kursus tersebut.

Majlis Penutup telah dihadiri oleh Pemerintah Armada, Tentera Laut Diraja Brunei, Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB, selaku tetamu kehormat yang menyempurnakan majlis serta menyampaikan sijil dan lencana penyelam kepada para graduan. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai serta anggota-anggota TLDB.

Kursus selama enam minggu ini dimulakan dengan pembelajaran teori menyelam, latihan kecergasan fizikal dan latihan kecekapan di kolam renang bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran menyelam, kecergasan fizikal dan ketahanan mental para peserta secara berperingkat.

Kursus kemudiannya diteruskan dengan Fasa Kolam dan Fasa Laut, di mana para peserta didedahkan kepada senario penyelaman maritim yang realistik, termasuk pencarian bawah air, navigasi kompas, latihan kecemasan, operasi beg angkat dan pemeriksaan bahagian bawah kapal. Latihan-latihan tersebut dilaksanakan dalam keadaan air laut yang mencabar, dengan jarak penglihatan terhad serta arus yang kuat.

Fasa terakhir memuncak dengan Minggu Operasi, yang turut dikenali sebagai Hell Week—tempoh mencabar selama empat hari tiga malam dengan waktu rehat yang minimum. Fasa ini merangkumi latihan fizikal berterusan, cabaran ketahanan dan kelangsungan hidup, Ikhtiar Hidup, serta cabaran berkumpulan Wira Laut. Fasa tersebut menguji daya tahan fizikal, ketahanan mental, disiplin, kerja berpasukan dan keazaman para peserta dalam keadaan keletihan serta tekanan yang berpanjangan.

Kejayaan menamatkan kursus ini merupakan satu pencapaian penting dalam pembangunan keupayaan operasi penyelaman TLDB, dengan melahirkan para penyelam yang dilengkapi pengetahuan, kemahiran dan ketahanan yang diperlukan untuk mendukung operasi maritim TLDB.

Tahniah kepada kesemua 15 graduan Kursus Asas Menyelam Tentera Laut 2026 (Pengambilan Ke-23)!
Diver! Huyaa!