MUARA, Friday, 22 May 2026 – The Senior Non-Commissioned Officers’ (SNCOs) Leadership Course Session 2026 concluded with a Closing Ceremony held at the Warrant Officers’, Chief Petty Officers’ and Petty Officers’ Mess, Muara Naval Base, Royal Brunei Navy (RBN), marking the successful completion of the eight-week course by 24 RBN SNCOs.

The ceremony was officiated by Lieutenant Commander Muhammad Muizz bin Haji Md Jaini, RBN, Fleet Staff Officer Grade 2, Operations (F3), Fleet Headquarters, who presented certificates to the course participants.

Conducted over eight weeks, the course aimed to develop competent, disciplined, and highly skilled military leaders through the enhancement of military knowledge, administrative management, integrity, and teamwork. Throughout the course, participants underwent a series of leadership and professional development activities under the Process 4P framework, comprising of management (pengurusan), organisation (penyusunan), command (pengarahan), and control (pengawalan).

The activities were designed to strengthen leadership qualities, discipline, professionalism, and military knowledge through various educational engagements, leadership sessions, and knowledge-sharing programmes. Participants were also exposed to aspects of military administration, legal affairs, and values-based leadership to further prepare them to assume greater responsibilities within their respective units as future Senior Non-Commissioned Officers of the Royal Brunei Navy.

———

24 ANGGOTA PTB KANAN TLDB MENAMATKAN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN SESI 2026

MUARA, Jumaat, 22 Mei 2026 – Kursus Kepimpinan dan Pengurusan PTB Kanan Sesi 2026 telah menutup sesi kursus dengan Majlis Penutup yang diadakan di Mess Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, Pangkalan Tentera Laut Muara, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), bagi menandakan tamatnya kursus selama lapan minggu bagi seramai 24 anggota PTB Kanan TLDB.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Leftenan Komander Muhammad Muizz bin Haji Md Jaini, TLDB, Timbalan Pegawai Turus Gerakan Armada (F3), Markas Armada, yang hadir bagi menyempurnakan majlis dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta kursus.

Kursus yang dijalankan selama lapan minggu itu bertujuan untuk melahirkan pemimpin tentera yang cekap, berdisiplin dan berkemahiran tinggi melalui pengukuhan pengetahuan ketenteraan, pengurusan pentadbiran, integriti serta semangat kerja berpasukan. Sepanjang kursus tersebut, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti pembangunan kepimpinan dan profesionalisme di bawah kerangka Proses 4P yang merangkumi pengurusan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. 

Aktiviti-aktiviti tersebut dirancang bagi memperkukuhkan kualiti kepimpinan, disiplin, profesionalisme serta pengetahuan ketenteraan melalui pelbagai sesi pembelajaran, perkongsian ilmu dan program pembangunan kepimpinan. Para peserta turut didedahkan kepada aspek pentadbiran ketenteraan, hal ehwal perundangan serta kepimpinan berteraskan nilai-nilai murni sebagai persediaan untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam unit masing-masing sebagai PTB Kanan TLDB pada masa hadapan.