 |
| 10/1/2025 8:15 AM |
MUARA, ISNIN, 29 SEPTEMBER 2025 – Skuadron Pertahanan Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan perbarisan di Padang Kawad Pangkalan TLDB sebagai acara kemuncak sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhannya ke-10. |
Publish Date:
9/29/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/30/2025 10:37 AM |
MUARA, JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2025 – Eksesais PELICAN 43/2025, iaitu latihan dua-hala tahunan antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), telah berjaya dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam dari 23 hingga 26 September 2025. Latihan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan profesional serta meningkatkan interoperabiliti antara kedua-dua angkatan laut, sekali gus menggalakkan pemahaman dan kerjasama dalam operasi maritim. |
Publish Date:
9/26/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/30/2025 11:10 AM |
BRUNEI-MUARA, JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan dua kempen membersihkan tanah perkuburan Islam sempena memperingati Jubli Intan TLDB. Aktiviti ini berlangsung serentak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Jalan Residency, yang masing-masing dikendalikan oleh Jabatan Pangkalan dan Jabatan Armada B.
|
Publish Date:
9/26/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/26/2025 10:20 PM |
MUARA, KHAMIS, 25 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) telah berjaya melaksanakan Engineering and Logistics Exchange Programme (ELEP) Kedua, yang berlangsung dari 22 hingga 25 September 2025 di Pangkalan TLDB, Muara.
|
Publish Date:
9/25/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/24/2025 4:49 PM |
KUNSHAN, WILAYAH JIANGSU, REPUBLIK RAKYAT CHINA - The ASEAN Defence Ministers' Meeting - Plus Experts' Working Group on Peacekeeping Operations telah berjaya dianjurkan oleh Peacekeeping Affairs Center (PKAC), Ministry of National Defense of the People’s Republic of China. Kursus ini telah dilaksanakan selama dua minggu, bermula pada 8 September hingga 19 September 2025, dan berlangsung di Training Base of the College of International Studies, National University of Defense Technology.
|
Publish Date:
9/24/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/26/2025 10:03 PM |
MUARA, RABU, 24 SEPTEMBER 2025 – Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Kolonel (Udara) Philippe Quemaris, Atase Pertahanan Perancis Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam. Mengiringi beliau ialah Puan Yang Terutama Eve Lubin, Duta Besar Perancis ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Komander Sonny Iskandar bin Rasani, Ketua Staf TLDB.
|
Publish Date:
9/24/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/25/2025 10:45 AM |
MUARA, SELASA, 23 SEPTEMBER 2025 – Kapal Tentera Laut Republik Korea (TLRK), ROKS MUNMU THE GREAT, telah membuat perhentian logistik ke Negara Brunei Darussalam dari 21 hingga 23 September 2025. Mengambil kesempatan ini, beberapa interaksi telah dilaksanakan bagi memperkukuh lagi hubungan antara kedua-dua tentera laut.
|
Publish Date:
9/23/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/25/2025 4:24 PM |
RIMBA, Ahad, 21 September 2025 – Badan Kebajikan Isteri-Isteri (BAKTI) Tentera Laut Diraja Brunei telah berjaya mengadakan Fun Badminton 2025 di Kompleks Sukan TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Acara tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran Haniwati binti Hj Bakar, isteri Pemerintah TLDB merangkap Ketua BAKTI, bersama ahli-ahli BAKTI yang lain.
|
Publish Date:
9/21/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/20/2025 5:26 PM |
MUARA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 bagi bertempat di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB Muara.
|
Publish Date:
9/19/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/20/2025 5:51 PM |
SERASA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan Sesi 2025 telah berlangsung di Kompleks Sukan Air, Serasa dengan penyertaan seramai 29 orang peserta yang berjaya menamatkan kursus selama enam minggu.
|
Publish Date:
9/19/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/25/2025 10:55 AM |
MUARA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Chief Supervisor Marine dan Weapon Engineering 2025 telah berlangsung di Mes PTB Kanan, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Muara. |
Publish Date:
9/19/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/30/2025 2:29 PM |
MUARA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Eksesais Souteast Asia Cooperation and Training 2025 (EKS SEACAT 2025) yang telah berlangsung dari 08 hingga 19 September 2025. Latihan ini melibatkan penyertaan daripada Pusat Gerakan Laut TLDB (PGL TLDB) serta aset-aset TLDB iaitu KDB DARUSSALAM (PV-80) dan KDB AL-FARUQ (PV-60) yang di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Negara Brunei Darussalam (ZEE NBD). |
Publish Date:
9/19/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/20/2025 5:36 PM |
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penutup Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar sesi 2025 telah berlangsung di Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB), Penanjong Garison. Kursus ini telah dijalankan bermula dari 21 Julai 2025 hingga 19 September 2025 yang melibatkan seramai 37 peserta dari pelbagai unit dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk 4 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
|
Publish Date:
9/18/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/20/2025 5:43 PM |
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2025 – Seramai 12 anggota berpangkat Laskar Kanan dan 22 anggota berpangkat Laskar Muda daripada Tentera Laut Diraja Brunei telah menamatkan Kursus Lanjutan Pertahanan Pangkalan dan Kursus Pertengahan Pertahanan Pangkalan Sesi 2025 yang berlangsung selama 7 minggu. Majlis penutup yang berlangsung di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison telah diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Leftenan Komander Dk Lyadia Ulandari binti Pg Hj Muhammad, TLDB.
|
Publish Date:
9/18/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/18/2025 11:38 AM |
MUARA, SELASA, 16 SEPTEMBER 2025 –KDB DARUSSALAM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah yang diadakan di atas kapal berkenaan. Majlis ini menandakan pertukaran kepimpinan daripada Mantan Pegawai Pemerintah, Leftenan Komander Haji Mohammad Arnold bin Haji Osman, TLDB, kepada Pegawai Pemerintah yang baharu, Komander Pengiran Haji Khairul Anwar bin Pengiran Dr Haji Abu Bakar, TLDB.
|
Publish Date:
9/16/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/18/2025 11:20 AM |
PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, ISNIN, 15 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) telah memulakan Latihan PENGUIN Siri ke-19, iaitu latihan dua hala di antara kedua-dua negara.
|
Publish Date:
9/15/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/15/2025 9:13 AM |
BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 13 SEPTEMBER 2025 – Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah membuat persembahan istimewa di Pentas Perayaan Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.
|
Publish Date:
9/13/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/20/2025 4:45 PM |
MUARA, JUMAAT, 12 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penyampaian Lencana, Tali Pingang Sam Browne dan Tongkat bagi Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Latihan Laut telah diadakan di Bilik Pahlawan, Markas Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Pemerintah TLDB, Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, kepada PW1 Fauzillahrahime bin Haji Awang Damit, TLDB, sempena kenaikan beliau sebagai Sarjan Mejar Rejimen Latihan Laut.
|
Publish Date:
9/12/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/20/2025 5:12 PM |
MUARA, KHAMIS–JUMAAT, 11–12 SEPTEMBER 2025 – Seramai 29 peserta Kursus Kepimpinan PTB Kanan Sesi 2025 telah menganjurkan dua acara utama iaitu Majlis Ilmu dan Leadership Talk yang dilaksanakan di Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Kedua-dua acara ini merupakan sebahagian daripada modul pembangunan kepimpinan yang dikendalikan sepenuhnya oleh ahli kursus, dengan turut dihadiri oleh Sarjan Mejar Rejimen Pangkalan, Pegawai Waran Penguasa Cawangan dan Pengurusan, President dan Deputy Mes Committee serta jurulatih-jurulatih kepimpinan.
|
Publish Date:
9/12/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/15/2025 9:25 AM |
MUARA, KHAMIS, 11 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan Kempen Membersihkan Masjid sempena Sambutan Jubli Intan TLDB bertempat di Masjid Setia Ali, Kampung Muara. Inisiatif ini menjadi sebahagian daripada aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan TLDB bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan TLDB.
|
Publish Date:
9/11/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/11/2025 12:42 PM |
MUARA, Rabu, 10 September 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang melibatkan seramai 150 orang termasuk pelajar, pengawas dan ibu bapa.
|
Publish Date:
9/10/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/8/2025 2:38 PM |
SURAU AL-HUDA, ISNIN, 08 SEPTEMBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan di Surau Al-Huda pada 08 September 2025, jam 0212H, waktu berlakunya Gerhana Bulan Penuh.
|
Publish Date:
9/8/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/8/2025 9:31 AM |
BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 06 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai perhimpunan dan perarakan Maulud Nabi peringkat kebangsaan bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
|
Publish Date:
9/6/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/9/2025 9:36 PM |
MUARA, JUMAAT, 05 SEPTEMBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menerima ketibaan kapal Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) KRI SEMARANG dan KRI BIMA SUCI dalam satu kunjungan muhibah ke Negara Brunei Darussalam bermula pada Jumaat, 05 September 2025 sehingga Selasa, 09 September 2025.
|
Publish Date:
9/5/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/5/2025 4:43 PM |
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, KHAMIS, 4 SEPTEMBER 2025 – Majlis Gema Marhaban sempena memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam bagi peringkat Kementerian Pertahanan telah diadakan di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara pada malam ini, bersempena malam ke-12 Dikir Maulud yang jatuh pada 12 Rabiulawal.
|
Publish Date:
9/4/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/5/2025 6:48 PM |
PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, MUARA – Sambutan Jubli Intan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) minggu ini telah diteruskan dengan penganjuran Ceramah Motivasi bertajuk “Menghargai Legasi, Berbakti Dengan Jasa, Memperkasa Wira, Bersedia Mendepani Era Baharu.” Majlis tersebut dilaksanakan secara berperingkat mengikut peringkat yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan TLDB.
|
Publish Date:
9/4/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/8/2025 9:13 AM |
MUARA, BRUNEI DARUSSALAM, 4 SEPTEMBER 2025 – Pegawai-pegawai daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menyertai Latihan Undang-Undang Laut ANCORS Kali Kelima yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Brunei Darussalam dari 1 hingga 4 September 2025.
|
Publish Date:
9/4/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/5/2025 6:23 PM |
LUMUT & BERAKAS, 1 dan 3 SEPTEMBER 2025 – Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah mengunjungi Surau Ar-Rahmah, Batalion Ke-3 di Perkhemahan Lumut pada 1 September, dan Surau Al-Fa’izun, Batalion Ke-1 di Berakas Garison pada 3 September 2025. Kunjungan ini bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kepada Baginda serta memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
|
Publish Date:
9/3/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/3/2025 7:43 AM |
BERAKAS GARISON, SELASA, 02 SEPTEMBER 2025 – Majlis Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-64 tahun. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah TLDB, dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB.
|
Publish Date:
9/2/2025 |
Sort order:
|
 |
 |
| 9/3/2025 9:10 AM |
MUARA, ISNIN, 01 SEPTEMBER 2025 – KDB DARULAMAN telah berjaya menamatkan pelayaran selama 22 hari yang merangkumi penyertaan dalam ASEAN Fleet Review 2025 (AFR 25) dan ASEAN Multilateral Naval Exercise ke-3 (AMNEX 3/25) di Pulau Pinang, Malaysia, diikuti dengan Lawatan Diplomasi Pertahanan ke Cam Ranh, Republik Sosialis Vietnam, sebelum selamat kembali ke Pangkalan Tentera Laut Muara pada 01 September 2025.
|
Publish Date:
9/1/2025 |
Sort order:
|
 |