Markas Tentera Laut Diraja Brunei. Isnin, 25 Julai 2016 – Tentera Laut Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan yangmana telah dihadiri oleh Yang Mulia Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Kepten Haji Othman bin Haji Suhaili, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Komander Spry bin Haji Seruji Pemerintah Armada TLDB, beberapa orang pegawai dan anggota TLDB.
Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan ini adalah untuk menyampaikan sumbangan daripada Pegawai-pegawai TLDB, Anggota-anggota TLDB dan sumbangan-sumbangan peribadi yang berupa sebuah kerusi roda khas untuk anak kepada 11641 Bintara Haji Lamat bin Mohammad Zin yang bernama Mohammad Adib bin Haji Lamat, berumur 6 tahun, yang memerlukan.
Sumbangan kebajikan ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh Mohammad Adib dan keluarga. Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan ini diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Koperal Pengiran Kamarul Sarip bin Pengiran Haji Serpudin, petugas JAMAAT Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.



