KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Lieutenant Junior Grade Nooramallina, RBN and Lieutenant Junior Grade Amal Nazirah, RBN from the Royal Brunei Navy (RBN) joined their counterparts from 10 ASEAN nations for the 13th ASEAN Navy Young Officers Interaction (ANYOI) Programme held in Kuala Lumpur, Malaysia from 24th to 27th June 2026.
Themed “Nurturing Collaborative Network as a Synergy for a Secured and Safe Maritime Domain”, serves as a significant platform for fostering professional engagement and strengthening camaraderie among young naval officers of ASEAN member states.
Participants engaged in team-building discussions, received a token of appreciation during the official dinner by Vice Admiral Datuk Ts. Badarudin bin Taha, Deputy Chief of the Royal Malaysian Navy (RMN) and concluded the program with visits to Kuala Lumpur Craft Complex and Royal Selangor Visitor Centre.
ANYOI aims to cultivate a mutual understanding, enhancing interoperability at the junior leadership level, and building enduring professional networks among the future leaders of ASEAN navies.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Leftenan Madya Nooramallina, TLDB dan Leftenan Madya Amal Nazirah, TLDB daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai program 13th ASEAN Navy Young Officers Interaction (13th ANYOI) bersama 10 negara ASEAN yangmana ianya telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 24 hingga 27 Jun 2026.
Bertemakan “Nurturing Collaborative Network as a Synergy for a Secured and Safe Maritime Domain”, program ini menjadi platform penting dalam memupuk hubungan profesional serta mengukuhkan semangat setiakawan dalam kalangan Pegawai Muda Tentera Laut negara-negara ASEAN.
Sepanjang program, para peserta telah menyertai perbincangan berpasukan, menerima penghargaan semasa Majlis Makan Malam Rasmi yang disampaikan oleh Laksamana Madya Datuk Ts. Badarudin bin Taha, Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan mengakhiri program dengan lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur serta Royal Selangor Visitor Centre.
ANYOI bertujuan untuk memupuk persefahaman bersama, meningkatkan interoperabiliti di peringkat kepimpinan muda, serta membina profesionalisme yang berkekalan dalam kalangan bakal pemimpin Tentera Laut negara-negara ASEAN.








