BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 8 August 2026 – The Royal Brunei Navy had the honour of conducting the Flag Lowering Ceremony held in conjunction with the 80th birthday celebrations of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
The ceremony took place in the vicinity of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex and was officiated by Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Ministry of Transport and Infocommunications.
The national flag was lowered by 20 personnel from the Royal Brunei Navy led by Lieutenant Junior Grade Abdul Mun’im bin Haji Samli, RBN. The entire proceeding was accompanied by the National Anthem, ‘Allah Peliharakan Sultan’ and the recitation of Doa Selamat to conclude the ceremony.
TLDB MENYEMPURKANKAN MAJLIS PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA YANG KE 80 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Ogos 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara penurunan bendera besar Negara Brunei Darussalam menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80.
Majlis tersebut disempurnakan di kawasan lapang berdekatan bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan dan di hadiri oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, selaku Tetamu Kehormat.
Seramai 20 orang anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Abdul Mun’im bin Haji Samli, TLDB terlibat bagi acara tersebut. Penyempurnaan upacara tersebut diteruskan dengan lagu kebangasaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan bacaan Doa Selamat bagi mengakhiri upacara penurunan bendera besar negara.


