MUARA, Friday, 3 July 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a Mess Dinner Night for Warrant Officers, Chief Petty Officers and Petty Officers in conjunction with the RBN 61st Anniversary celebration at the Warrant Officer, Chief Petty Officer and Petty Officer Mess.
Present as the Guest of Honour was the Commander of the Royal Brunei Navy, First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN, and his spouse, Haniwati binti Haji Bakar.
Hosted by 14742 Warrant Officer 1 Haji Md Irwan bin Haji Awg Tarip, President Mess Committee (PMC), the dinner was attended by the Mess Officer In-Charge, the RBN Sergeant Major (SMTL), Sergeant Majors, Warrant Officers, Chief Petty Officers, Petty Officers, and their spouses.
The evening began with an interaction session and group photograph, followed by the recitation of Doa Selamat by 16447 Warrant Officer 2 Abisrah Karmijam bin Awang Sabtu before dinner.
The programme featured a musical performance by the RBN Band under the leadership of 15073 Warrant Officer 2 Awang Iswady bin Haji Awang Yusoff. The evening was further enlivened when the Commander of the RBN had the opportunity to conduct the orchestra, adding a memorable touch to the celebration.
The event also included an address by the Commander of the RBN and the presentation of a commemorative token by 13521 Warrant Officer 1 Mohd Nasri bin Ladis, RBN Sergeant Major (SMTL), in his capacity as Yang Dipertua Mes (YDP Mes).
The evening concluded with a closing prayer led by Warrant Officer 2 Abisrah Karmijam bin Awang Sabtu, followed by the signing of the Commemorative Book by the Guest of Honour before the event came to a close.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN TLDB KE-61
MUARA, Jumaat, 3 Julai 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat bagi Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDB Ke-61 yang berlangsung di Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara TLDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, bersama isteri, Haniwati binti Haji Bakar.
Majlis yang dihoskan oleh 14742 Pegawai Waran 1 Haji Md Irwan bin Haji Awg Tarip selaku Presiden Jawatankuasa Mes (PMC) itu turut dihadiri oleh Pegawai Penguasa Mes, Sarjan Mejar TLDB (SMTL), para Sarjan Mejar, Pegawai Waran, Bintara Kanan, Bintara serta pasangan masing-masing.
Majlis dimulakan dengan sesi beramah mesra dan bergambar ramai, diikuti bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh 16447 Pegawai Waran 2 Abisrah Karmijam bin Awang Sabtu sebelum jamuan makan malam.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Pasukan Pancaragam TLDB yang dipimpin oleh 15073 Pegawai Waran 2 Awang Iswady bin Haji Awang Yusoff. Suasana bertambah meriah apabila Yang Mulia Pemerintah TLDB berpeluang memimpin orkestra, sekali gus mencipta kenangan istimewa sepanjang majlis.
Acara diteruskan dengan ucapan oleh Yang Mulia Pemerintah TLDB serta penyampaian cenderamata oleh 13521 Pegawai Waran 1 Mohd Nasri bin Ladis, Sarjan Mejar Tentera Laut Diraja Brunei (SMTL) selaku Yang Dipertua Mes (YDP Mes).
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup yang dipimpin oleh Pegawai Waran 2 Abisrah Karmijam bin Awang Sabtu, diikuti acara menandatangani Lembaran Kenangan oleh Tetamu Kehormat sebelum majlis bersurai.







