MUARA, Tuesday, 14 July 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Al-Huda, Muara Naval Base, in conjunction with the 80th Birthday Celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
Senior Officer present at the event was Captain Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, RBN, Deputy Commander of the RBN, together with senior officers, officers and personnel of the Royal Brunei Navy.
The ceremony commenced with the recitation of Al-Quran, followed by the congregational Fardhu Maghrib prayer and Sunat Hajat prayer. The programme continued with the recitation of Surah Yassin and Doa Kesyukuran before concluding with the congregational Fardhu Isya’ prayer.
The Doa Kesyukuran Ceremony reflects the Royal Brunei Navy’s loyalty and unwavering prayers for His Majesty’s continued good health, long life and wise leadership, while expressing gratitude for the peace, stability and prosperity enjoyed by Brunei Darussalam.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80 TAHUN PERINGKAT TLDB
MUARA, Selasa, 14 Julai 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80 tahun.
Pegawai Kanan hadir adalah Kepten Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB bersama pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota Tentera Laut Diraja Brunei.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran sebelum diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isyak secara berjemaah.
Majlis Doa Kesyukuran ini mencerminkan kesetiaan serta doa berterusan warga Tentera Laut Diraja Brunei agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta terus memimpin Negara Brunei Darussalam dengan penuh kebijaksanaan, di samping menzahirkan rasa syukur atas keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang dinikmati negara.

