MUKIM KOTA BATU, TUESDAY,17 MARCH 202– The Royal Brunei Navy (RBN) successfully handed over the Titian Amal Project, which it was entrusted to undertake, at Masjid Kampong Pudak, Mukim Kota Batu, in conjunction with the 64th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The completion of the project reflects RBN’s strong commitment towards community service and its honour in carrying out the amanah under this national initiative.

Present as the Guest of Honour was First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the RBN. The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a tazkirah delivered by Captain (Udara) Muhammad Syasuandi @ Muhammad Rushdie bin Haji Abu Bakar. A project briefing was subsequently presented by Lieutenant Commander Mohammad Luqman bin Haji Abd Hamid, RBN, who also served as Chairman of the Titian Amal Project for Masjid Kampong Pudak.

The mosque repair works, carried out from 10 September 2025 until 12 March 2026, were led by RBN personnel in collaboration with the Assault Pioneer Platoon, Second Battalion Royal Brunei Land Forces, with a total expenditure of $28,588.00. This joint effort highlights the dedication and synergy between RBN and other RBAF units in fulfilling the entrusted task.

During the ceremony, the Guest of Honour presented a commemorative memento to Mohammad Akmal Syahmi bin Shahri, Imam of Masjid Kampong Pudak, symbolising the successful completion and official handover of the project. The handover marks the third of four Titian Amal Project ceremonies scheduled nationwide in conjunction with the RBAF 64th Anniversary.

The Titian Amal Project is an annual initiative by the RBAF aimed at strengthening community engagement and social responsibility. Through this project, the RBN continues to demonstrate its readiness and commitment in upholding entrusted responsibilities while fostering closer ties with the community.

———

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGANJURKAN MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL BERSEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-64

MUKIM KOTA BATU, SELASA, 17 MAC 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menyerahkan Projek Titian Amal bertempat di Masjid Kampong Pudak, Mukim Kota Batu, bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64. Kejayaan pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen TLDB dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta sumbangannya kepada masyarakat melalui inisiatif kemasyarakatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah TLDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian tazkirah oleh Kapten (U) Muhammad Syasuandi @ Muhammad Rushdie bin Haji Abu Bakar. Taklimat projek kemudiannya disampaikan oleh Leftenan Komander Mohammad Luqman bin Haji Abd Hamid, TLDB selaku Pengerusi Projek Titian Amal Masjid Kampong Pudak bagi Sambutan HUT ABDB Ke-64.

Kerja-kerja baik pulih masjid telah dilaksanakan bermula 10 September 2025 hingga 12 Mac 2026 yang diketuai oleh anggota TLDB dengan kerjasama Platun Rintis Serangan, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, dengan jumlah kos perbelanjaan sebanyak $28,588.00. Usaha bersama ini mencerminkan komitmen serta sinergi antara TLDB dan unit-unit ABDB dalam menyempurnakan amanah yang diberikan.

Tetamu Kehormat seterusnya menyampaikan cenderamata kenangan kepada Mohammad Akmal Syahmi bin Shahri, Imam Masjid Kampong Pudak sebagai simbolik penyerahan rasmi projek yang telah siap dilaksanakan. Majlis ini merupakan yang ketiga daripada empat majlis penyerahan Projek Titian Amal yang dijadualkan di seluruh negara bersempena Sambutan HUT ABDB Ke-64.

Projek Titian Amal merupakan inisiatif tahunan ABDB yang bertujuan memperkukuh hubungan antara ABDB dan masyarakat. Melalui projek ini, TLDB terus memperlihatkan kesiapsiagaan dan komitmennya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.